Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu yang didakwa mengarahkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin supaya mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Zaharin berkata, Anwar juga merupakan orang yang sama mengarahkan Zulkifli untuk mengaitkan anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang bernama Nadim dalam satu kes pembunuhan sekitar tahun 2004.
"Bila orang tanya, dia (Zulkifli) tidak mahu cerita (dedah) tapi dia cerita (orang yang mengarahkannya) kepada saya, jadi saya cerita kepada semua orang malam ini.
"Anwar suruh Zulkifli buat untuk anak guamnya Cif Inspektor Azilah Hadri (tertuduh pertama dalam kes bunuh Altantuya) akuan berkanun untuk libatkan Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembunuhan Altantuya, sampai begitu sekali.
"Kes anak Nazri dituduh bunuh, ingat? Siapa yang suruh Zulkifli kalau bukan Anwar juga," katanya pada majlis anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) itu.
Turut hadir bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd. Nor; Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.
"Itu sebab saya tolak bulat-bulat Anwar dan keluar PKR kerana perasaan keraguan dalam diri saya telah mengatasi perasaan kepercayaan," tegasnya.
08 April 2010
Lawak Terbaru Dari Zahrain Biawak
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
Bila perut dah kenyang...cakap pun dah mula ada gaya dan style....inilah caranya 'NAK CARI MAKAN"
Post a Comment