BlogList Malaysia

22 April 2010

Lagi Kerja Gila Umno - Turap Jalan Waktu Hujan

Dalam mengemis undi rakyat Hulu Selangor, pimpinan Umno Barisan Nasional k (BN) tidak ragu-ragu untuk mengerah agensi kerajaan bagi membuat projek mee segera demi memancing undi.

Tindakan itu menjadi 'trade mark' kerajaan Umno BN yang tergesa-gesa membina kemudahan kepada rakyat ketika musim pilihan raya sedangkan projek sedemikian, sepatutnya sudah dilaksanakan lebih awal.

Setiausaha DAP Selangor yang juga ADUN Kampung Tungku, Lau Weng San yang sedang memandu ketika hujan lebat terserempak dengan kontraktor JKR yang sedang menurap jalan di Jalan Ampang Pecah ke Kuala Kubu Bharu semalam.

"Dijalankan oleh JKR, pelebaran dan penurapan jalan di Ampang Pecah ke KKB. Saya pergi semalam, hujan di sebelah petang dan lebat. Kerja penurapan jalan diteruskan masa hujan lebat," katanya.


Beliau yang memiliki latar belakang kejuruteraan berkata tidak masuk akal melakukan projek berkenaan ketika hujan lebat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tungku Weng San menganggap ini adalah contoh terbaik projek mee segera Umno Barisan Nasional (BN).

"Jadi, ini projek mee segera yang dilakukan BN untuk pancing Undi. Saya ada foto. Kalau tanya pada pakar buat jalan, penurapan jalan pada waktu hujan adalah tidak masuk akal. Jalan akan mudah rosak selepas itu," katanya.

Menurut beliau, ini menunjukkan BN tidak ikhlas membela rakyat kerana projek ini bukan dijalankan secara menyeluruh tetapi hanya di beberapa lokasi dan musim tertentu sahaja bagi mengaburi mata pengundi.

"Kerja ini hanya musim pilihan raya tapi tidak meliputi seluruh jalan Ampang Pecah-Kuala Kubu Bahru. Kalau BN mahu naik taraf jalan, mereka perlu melakukannya secara terperinci dan bukannya ad hoc seperti ini," katanya.

1 Komen :

hj jamaludin ,  April 22, 2010 at 2:36 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Sepatutnya Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor berterima Kasih kat UMNO APCO kerana menurap jalan ( walaupun hujan lepat) kat Ampang Pecah Hulu Selangor kerana mempermudahkan rakyat di situ keluar mengundi pada hari Ahad nanti. Dan sepatutnya Pengarah Pilihan Raya Pakatan Rakyat si Fauziah Salleh buat kain rentang atau banner atau papan tanda " "Bertajuk lagi 1 projek dari Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Untuk Rakyat Selangor" . So tak kira lah apa saja projek ( mee segera) yang di buat oleh UMNO APCO di Hulu Selangor , Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor naikkan papan Tanda ( konon konon projek mee segera datang dari kerajaan pakatan Rayat . Habis cerita

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas