Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menasihati pengundi di Hulu Selangor supaya berfikiran terbuka dan tidak terpedaya dengan fitnah yang dilemparkan terhadap Barisan Nasional apabila mereka mengundi pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen kawasan itu esok.
Isteri Perdana Menteri yang menghadiri dua majlis bersama rakyat di sini memperjelaskan berhubung satu fitnah pada saat-saat akhir kononnya program debat akan diadakan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.
“Datuk Najib sendiri beritahu kepada saya bahawa tidak ada rancangan pun untuk berdebat. Tengok macam mana mereka boleh membuat fitnah, membuat benda-benda yang tak betul hanya untuk mengelirukan pengundi-pengundi di sini.
Nanti bila kita tak datang (debat) dia kata la sebab Datuk Najib pengecut.
“Suami saya tidak akan membazirkan masanya, banyak lagi kerja lain, dia tak ada masa berdebat dengan ketua pembangkang. Kita ni nak fikir macam mana nak membangunkan negara, macam mana nak naikkan taraf kehidupan rakyat jelata, itu yang Datuk Najib fikirkan,” katanya.
Rosmah juga turut mengambil kesempatan melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua jentera BN yang telah bertungkus lumus bekerja untuk meraih undi bagi memastikan kemenangan calon BN.
“Saya bercakap bagi pihak pemimpin, kalau nanti tak dapat jumpa Datuk Najib dan Datuk Najib tak sempat nak ucap terima kasih, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih (bagi pihak beliau),” katanya.
“Jadi saya harap pengundi-pengundi jangan biarkan diri mendengar fitnah mereka itu dan saya harap semua telah ambil keputusan untuk mengundi abang Kamal (P.Kamalanathan) calon kita dari BN,” katanya ketika kempen semakin hangat menjelang hari pengundian esok.
Calon BN P.Kamalanathan bersaing hebat dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim setelah dua calon Bebas menarik diri daripada pertandingan. Kerusi Parlimen itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac lepas akibat barah otak.
Rosmah berkata jentera BN perlu berjuang habis-habisan kerana hanya tinggal kurang daripada 24 jam lagi sebelum tiba tarikh mengundi.
“Ikut perkiraan kita insya-Allah kita boleh menang, tetapi saya mesti ingatkan kepada semua, kita ni macam main badminton, selagi kita belum sampai point ke-21, kita belum menang lagi...walaupun kita rasa kita boleh menang, kita mesti kerja sampai pukul 12 tengah malam ni,” kata beliau yang juga penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Isteri Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ceria Bersama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Bersama Chef Jaafar Onn di Pusat Operasi BN di Bukit Sentosa di sini.
Seramai 500 anggota Wanita dan Puteri BN menghadiri program demonstrasi masakan, kecantikan dan refleksologi itu.
Pada sebelah petang, Rosmah melancarkan Pesta Nasi Lemak-Teh Tarik dan Makanan 1Malaysia anjuran Jabatan Warisan Negara di Kuala Kubu Baharu.
Wanita misteri lempar surat layang berisi nota menyeramkan
43 minutes ago
2 Komen :
Melihat kepada perkembangan pilihanraya kecil terkini, suka dinyatakan bahawa ahli-ahli parlimen tidak kira parti kini perlu bersedia menerima doa dari rakyat agar kamu semua pendek umur, agar boleh berlaku lambakan nikmat dari BN, serta boleh menyelesaikan masalah yang bertimbun-timbun berpuluh tahun dahulu dengan sekelip mata. Apakan daya dah jadi budaya di Malaysia hanya pada hari raya sahaja ada kenikmatan.
Namun saya tetap mendoakan agar wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dipanjang umur oleh Allah agar mereka dapat beramal dan berbakti kepada rakyat dengan ikhlas.
Kepada wakil-wakil rakyat BN, kau orang pergi jahanam, aku peduli apa hidup mati kau orang, kau orang mampus berganda lebih baik dari kamu hidup menyusah dan menyesatkan rakyat jelata.
kahkahkah ...bagus punya komen tu ....aku sokong tu....tapi parlimen tempat yb DAP.....tapi dun pulak bn mca.....klu adun ni mampos pun kira ok le.....mcm peruntukan akan datang...tipu pun ada betul nya ada....tak kisah le asalkan yb2 bn ni cepat2 mampos pun kira ok le tu.....
Post a Comment