Barisan Nasional (BN) didakwa membelanjakan lebih RM100 juta bagi menjamin kejayaan mereka merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor, malam semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun membelanjakan RM65,000 bagi setiap pengundi, di samping kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya menjamin pemilihan yang bersih dan adil, ugutan polis serta usaha menghalang pengundi menjalankan tanggungjawab mereka, BN hanya mampu menang dengan majoriti yang tidak memberangsangkan.
"Ini bermakna BN gagal mempelajari apa-apa sejak pilihan raya umum 2008. Serangan peribadi, isu perkauman, rasuah dan paksaan mungkin boleh membantu untuk menang di satu atau dua kerusi, tetapi rakyat Malaysia, tidak akan terpedaya,” katanya.
Walaupun PKR ditumbangkan malam semalam, namun Anwar berkata pembangkang berjaya meningkatkan sokongan popularnya di Hulu Selangor.
" Kita tahu kita perlu berusaha lebih gigih untuk mendekati penyokong khususnya di kawasan terpencil dan pedalaman, khususnya di kalangan peneroka Felda,” katanya.
Timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali melahirkan sentimen yang hampir sama dan berpendapat pencapaian parti itu dianggap membanggakan di sebalik asakan padu daripada jentera BN.
"Kami gagal menembusi kubu-kubu kuat, khususnya di penempatan Felda tetapi keputusan pilihan raya itu satu tamparan kepada BN yang begitu angkuh bahawa mereka boleh menang dengan majoriti lebih 3,000 undi,” katanya dalam satu kenyataan.
"Kami anggap ia petanda bahawa polisi dan program Pakatan di terima rakyat, selepas dua tahun mengambil alih dan memberikan manfaat kepada mereka,” katanya.
Syed Husin berkata majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN jauh meleset daripada majoriti 6000 undi yang dimenanginya di ketiga-tiga kerusi dewan undangan negeri di parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008.
"Tiada apa untuk Najib raikan," katanya.
26 April 2010
Hulu Selangor - Tiada Apa-Apa Untuk Diraikan Najib
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
najib
,
prk hulu selangor
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
4 Komen :
Orang yang patut dapat RM49,000, dah dapat wang anda? atau auta sahaja?
pasti Anda setuju jika saya katakan,UMNO perosak bangsanya sendiri,Apa yang tahu duit dan kedudukan dapat menjual Maruah bangsanya sendiri.1 malaysia.
HANCURKAN UMNO....
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Orang Felda Hulu Selangor dah dapat habuan duit RM50,000.00 tiap seorang , so dah berduit maknanya , so MB Selangor apa dah tak reti nak suruh PBT punggut duit Cukai Tanah / Cukai Pintu / tunggakkan air / Letrik DLL. Kalau boleh suruh Lembaga Hasil Dalam Negeri periksa kot kot boleh dapat cukai pendapatan dan MAIS dah tak reti beri ceramah kat orang kaya baru Di Felda Hulu Selangor untuk membayar Zakat pendapatan atau harta . Maklum lah orang Melayu pantang dapat duit , sekelip mata boleh habis.
MB Selangor dah jangan nak sibuk lagi untuk menjadi HERO untuk membantu orang Felda Hulu Selangor untuk mendapat tunggakkan wang Pampasan . Orang Felda Hulu Selangor lebih yakin dengan Ahli Parlimen Hulu Selangor Kamalanathan untuk menyelesaikan masalah mereka . Dengar baik baik MB Selangor orang Felda Hulu Selangor dah tak yakin kamu boleh selesai problem mereka , so jangan nak menyibuk untuk menjadi HERO dalam kes ini . Dan satu lagi MB Selangor perihal Pegawai pegawai PBT di Hulu Selangor Khasnya di sebabkan tiada KPI untuk mereka ,banyak perkara tidak dijalankan dengan sempurna . Dalam masa tiga hari sahaja Ahli Parlimen Kamalanathan dapat selesai masalah penduduk penduduk di Hulu selangor perihal longkang sumbat , jalan di Tar dengan sempurna , cuim tangan semua perempuan baik muda mahupun yang tua , Melayu , India ,Cina , semuanya diCium .So MB Selangor kamu tengok dan belajar macam mana Ahli Parlimen Hulu Selangor mengarah Pegawai pegawai PBT di Hulu Selangor . Hantar YDP YDP kawasan kawasan lain pi belajar kat Ahli Parlimen Hulu selangor . Saya yakin pegawai pegawai akan bekerja macam nak rak kerana kalau tidak mereka akan ditukar kat tempat lain . Ini saya yakin kerana Ahli Parlimen HS akan memerhatikan mereka ini. selama ini ( 2 tahun ) YDP dari lantikan Pakatan Rakyat tidur setidur tidur nya sampai Kamalanathan datang tolong settle problem rakyat di Hulu Selangor.
Post a Comment