BlogList Malaysia

16 April 2010

Hulu Selangor - Kalau Betul, Memang Kau Bodoh Mugilan

**Banyak lagi yang budak ni kena belajar sebelum nak berbohong.. Kena belajar dari Katak Zahrain dan Zulkifli Noordin ni..

Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan mendakwa beliau telah ditawarkan tanah dan wang sebagai ganjaran menyokong calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim di Hulu Selangor.

Tawaran itu — wang tunai RM2 juta dan tanah 20 hektar (50 ekar) dibuat malam tadi beberapa jam selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calonnya, P. Kamalanathan.

Pada sidang akhbar pertama sejak namanya munculnya sebaga calon yang berpotensi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Mugilan berkata, Datuk G. Palanivel keciciran tiket bertanding kerana nama diumumkan terlalu awal.

“(Presiden MIC) Datuk Seri S. Samy Vellu telah mengumumkan nama Datuk Palanivel tidak sampai 24 jam selepas Datuk Zainal (Abidin Ahmad) meninggal dunia.

“Dari segi strategi pilihan raya, ini salah... macam semasa kita pergi berperang, kita tidak harus umumkan nama calon terlalu awal dan beliau menjadi sasaran serangan,” kata Mugilan kepada pemberita kira-kira 7.30 petang tadi di Batang Kali di sini.

Mengulas lanjut soalan tawaran itu, Mugilan yang mendakwa boleh menghimpunkan 7,000 pengundi memberitahu, beliau menolak bulat-bulat dan akan tetap menyokong BN.

“Dari panggilan yang dibuat, saya tahu bahawa dia itu seorang pemimpin politik yang penting,” katanya tetapi enggan mendedahkan nama pemanggil itu.

2 Komen :

hj jamaludin ,  April 16, 2010 at 10:56 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Hati mana tak sedih dan malu , terutama isteri dan anak2 dan kaum keluarga turut gembira apabila kawan karib dalam BN iaitu UMNO APCO truja dengan memberi sepenuh harapan bahawasanya saya anak tempatan Hulu Selangor akan dipilih menjadi YB Parlimen di Hulu Selangor bertanding. Berbagai impian telah musnah dengan sekelip mata apabila kawan mainkan kawan . Mana nak letak muka saya ,muka isteri saya , muka anak2 saya dan muka2 kaum keluarga saya .
Hanya satu cara sahaja yang mampu bersihkan arang dimuka saya iaitu adakan cerita supaya soalan kenapa nama saya digugurkan dalam permilihan calon PRK Hulu Selangor. Y Y Y UMNO APCO Hulu Selangor ,u all malukan I. Ceh!!!!

azman kamarul April 17, 2010 at 3:27 PM  

Hello macha..jangan kuat tipu macha....itu PR punya parti mana ada wang.....lu jangan cerita pasal juta-juta....orang tadak percaya punya...kalu mau tipu...bikin lain cerita macha!

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas