BlogList Malaysia

13 April 2010

G. Palanivel Lulus Projek RM354,000 Di Hulu Selangor

PAS mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pengakuan Ketua Kampung Sungai Buaya di Hulu Selangor, Mustafa Talib bahawa Datuk G Palanivel telah meluluskan tiga projek bernilai RM354,000 di kampung itu.Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) tidak mempersoalkan keperluan perbelanjaan itu dikeluarkan oleh pihak kerajaan, tetapi mempersoalkan kelayakan dan kredibiliti Palanivel yang tidak mempunyai jawatan dan kuasa dalam kerajaan masih boleh memberi kelulusan projek.

“PAS mahu SPRM menyiasat perkara ini kerana beliau bukanlah anggota kabinet atau penjawat awam yang mempunyai kuasa bagi menentukan perbelanjaan wang negara,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, adalah tidak releven seorang bekas wakil rakyat yang kini dilantik sebagai penyelaras sebuah parti politik boleh mengeluarkan duit kerajaan sesuka hati untuk projek yang ada kepentingan dengan Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Menurutnya, selama dua tahun allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor, Kerajaan Persekutuan enggan memberikan sebarang peruntukan kepada beliau bagi memajukan kawasan itu.

“Tetapi, selepas beliau meninggal dunia Kerajaan Persekutuan tiba-tiba sahaja melantik ‘wakil rakyat haram’ untuk membelanjakan duit kerajaan.

“PAS menuntut SPRM tidak bermain wayang dan menutup mata terhadap apa yang berlaku di Hulu Selangor sekarang,” tegasnya.

2 Komen :

Anonymous ,  April 13, 2010 at 9:44 PM  

Rujuk :
http://taipingmali.blogspot.com/

Tajuk artikel : ORANG INDIA CUKUP BERUNTUNG MENJADI RAKYAT MALAYSIA

Blogger ini nampaknya menghina kaum India di Malaysia... dalam isu pariah.

Apa komen MIC?

Anonymous ,  April 14, 2010 at 9:22 PM  

RM2.1 juta peruntukan tambahan dilulus baiki bumbung rumah
14/04/2010 4:22pm

HULU SELANGOR 14 April - Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM2.1 juta bagi kerja-kerja membaik pulih bumbung 560 unit di tujuh blok pangsapuri kos rendah Seri Semarak di Bukit Beruntung.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tujuh kontraktor telah disenarai pendek bagi menjalankan projek itu.

Noh berkata, secara keseluruhan hampir 35 peratus kerja-kerja membaiki bumbung rosak di 50 blok pangsapuri kos rendah di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung di sini telah siap.

Noh berkata demikian ketika mengumumkan peruntukan tambahan itu ekoran rayuan daripada persatuan penduduk di kawasan terbabit melalui sepucuk surat kepadanya sebelum ini.

Terdahulu, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani meninjau proses membaik pulih bumbung di pangsapuri kos rendah Seri Rose 2, satu daripada blok pangsapuri di Bukit Sentosa, yang kini hampir 70 peratus siap.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membuat tinjauan di kawasan itu sempena program Juara Rakyat pada 19 Jan lepas meluluskan peruntukan RM15.6 juta bagi membaiki dan membaik pulih bumbung rosak di 50 blok pangsapuri kos rendah di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung.

Lebih 1,000 keluarga menetap di kawasan itu menghadapi masalah selepas bumbung pangsapuri mereka musnah dalam kejadian ribut lapan tahun lepas menyebabkan ramai berpindah keluar, sekaligus menurunkan nilai hartanah di kawasan itu. - Bernama

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas