NOTA EDITOR:Wartawan Harakah telah >menegur Timbalan Presiden PAS kerana tidak turut serta dalam perbahasan menentang UMNO sewaktu isu APCO dibentangkan oleh Ketua Pembangkang. Timbalan Presiden lebih rela berborak dengan Husni Hanadzlah dari mengambil bahagian dalam menelanjangkan kemunafikan UMNO kerana mengambil syarikat Yahudi/Zionis sebagai penasihat dan rakan kongsi maklumat.
Sepanjang rekod beliau di Parlimen, kita jarang dengar Timbalan Presiden PAS menaikkan isu-isu yang membuat UMNO tidak selesa. Jauh sekali menyerang UMNO di pentas Parlimen sepanjang 2008-2010. Amat jarang sekali kita dengar Nasa dengan lantang mempersoalkan kebobrokan dan kemunafikan UMNO dan Barisan Nasional. Hatta dalam isu tuduhan liwat Anwar, Nasa diam membisu sehingga ke hari ini.
Nasa lebih suka menunjukkan ke”jantan”an beliau kepada sesama MP Pakatan Rakyat berbanding dengan UMNO/BN. Masih kita tidak lupa bagaimana Nasa dengan bengis memberi amaran kepada wakil DAP Perak, Ngeh Hoo Kam, supaya jangan sekali-sekali mempersoalkan peruntukan untuk masjid kerana ia boleh membawa kepada terurainya Pakatan Rakyat.
Memang semenjak menang 2008, Tulang Besi mendapat laporan dari beberapa sumber yang berotoriti, bahawa Timbalan Presiden PAS lebih suka bergaul dengan MP2 UMNO dan BN berbanding dengan MP2 Pakatan Rakyat (sekiranya beliau di Parlimen lah). Dan sejak 2008 lagi Tulang Besi telah melahirkan rasa bimbang Tulang Besi terhadap sikap dan perangai Ustaz Nasa yang lebih selesa bergaul dgn wakil-wakil rakyat UMNO.
Nah, sekarang terbukti maklumat yang Tulang Besi dedahkan sebelum ini. Ustaz Nasa lebih suka berborak dengan Husni Hanadzlah berbanding berbahas dan mendedahkan kejahatan serta kemunafikan UMNO.
TUlang Besi sendiri banyak mempersoalkan kenapa isu-isu besar seperti di bawah tidak pernah diambil pusing oleh Ustaz Nasa:
a. 10 Lesen Special Draw Baru yang diluluskan Najib dalam bulan pertama Najib menjadi Menteri Kewangan
b. Tuduhan fitnah liwat ke atas Anwar Ibrahim
c. Cadangan lesen judi sukan yang diberikan oleh Berjaya Group kepada Najib Tun Razak
d. APCO dan kaitan UMNO dengan rejim Zionis
e. Zahid Hamidi berjumpa Presiden Israel
f. Royalti Minyak Kelantan
dan banyak lagi
Kita harus puji Cikgu Pa, SU Agung PAS Pusat,kerana beliau dengan berani dan tegas telah terlibat dalam usaha memperjuangkan royalti minyak Kelantan dan secara terbuka berdiri dan bersama barisan PAS untuk menjatuhkan Barisan Nasional serta memperjuangkan kebenaran.
AGENDA KERAJAANG PERPADUANG MASIH SEGAR BUGAR
Seharusnya ini menjadi pengajaran kepada perwakilan PAS yang telah mengundi Ustaz Nasa sebagai Timbalan Presiden tahun lepas:
”KAMU TELAH MEMBUAT PILIHAN YANG SALAH”.
Ustaz Nasa telah dipilih atas nama mempertahankan kepimpinan ulama dan menentang proksi Anwar dari menguasai PAS. Ternyata alasan-alasan menyokong NAsa itu meleset sama sekali. Tiada proksi Anwar dalam PAS serta kepimpinan Ulama tetap wujud walaupun Husam menjadi Timbalan Presiden.
Ini adalah manifestasi agenda “KERAJAANG PERPADUANG” yang ditaja oleh Nasaruddin dan geng beliau. Ia menyebabkan Timbalan Presiden PAS tidak jauh tarafnya dengan ahli “Back-Bencher” UMNO di Parlimen.
Hasil dari pemilihan Ustaz Nasa adalah seorang Timbalan Presiden yang pasif dan lebih suka bercampur dengan MP2 UMNO di Parlimen dari menjalankan tugas sebagai wakil rakyat PAS di Parlimen.
Itulah Timbalan Presiden yang telah dipilih oleh Perwakilan2 PAS atas nama mempertahankan kepimpinan ulama serta menentang Proksi Anwar. Dapatlah mereka Timbalan Presiden yang tak jauh beza dengan BBC di Parlimen.
Sikap Nasa yang tidak mahu mengambil bahagian di dalam menyerang dan menghancurkan UMNO sudah maklum kepada kita semua, kecuali perwakilan-perwakilan PAS yang telah mengundi beliau.
Tak hairanlah secara terbuka, Syed al Habshi, Ketua UMNO Bahagian Cheras telah menawarkan Timbalan Presiden PAS menjadi ahli di dalam Bahagian yang beliau ketuai itu.
Bukan PAS tidak pernah ada kepimpinan tertinggi yang masuk UMNO. Bekas Presiden PAS sendiri, Arwah Dato Asri melompat masuk UMNO dan mati dalam UMNO. Kalau setakat Timbalan Presiden semata-mata, takda hal.
Ada orang beritahu saya, Timbalan Presiden PAS ini, badannya masih dalam PAS namun hatinya sudah pun bersama UMNO. Tak tau betul ke tidak cakap kawan saya ini, tapi itu adalah pengamatan beliau yang agak kenal rapat.
Tulang Besi
ps Sekurang-kurangnya arwah Ustaz Bakar Hamzah dan Ustaz Hasan Adli, tidak pernah menyertai UMNO. Sehingga mereka mati, mereka secara terbuka mengisytiharkan diri mereka sebagai ahli dan pendokong PAS. Dan mereka tidak takut untuk menyerang dan menelanjangkan UMNO walaupun pada masa itu keahlian PAS mereka telah mati. Itu namanya orang yang berprinsip.
Teringat kesah Ustaz Bakar Hamzah yang dipanggil ke “Debat Olok-Olok” sewaktu cadangan debat PAS-UMNO hangat sekitar 80’an. Selesai debat tersebut, Ustaz Bakar Hamzah terus ke Pejabat PAS bertemu kepimpinan PAS dan menceritakan apa yang berlaku dalam debat olok-olok UMNO itu. UMNO menjemput beliau kerana UMNO ingatkan Ustaz Bakar Hamzah telah kerat rotan dengan PAS. Rupanya, Bakar Hamzah masih setia sebagai ahli dan pendokong PAS, terus melaporkan dengan detail apa yang berlaku.
Apa saya nak kata, kalau Bakar Hamzah masih hidup, lagi teruk Ustaz Nasa kena maki dengan dia berbanding cara Zainul Faqar menegur Timbalan Presiden.
Lebih baik bertanya Allah, dari bertanya Nasharuddin!-Rabu, 2010 Mac 31.
Salam Pencerahan!
“Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati. Allah berfirman: Belum yakinkah kamu (Wahai Nabi Ibrahim a.s)?. Ibrahim menjawab: Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku). Allah berfirman: (Kalau demikian) ambillah empat ekor burung lalu cingcanglah semuanya olehmu. (Allah berfirman): Lalu letakkan di atas tiap-tiap satu bukit satu bahagian dari bahagian-bahagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera. Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [2:260]
KENAPA Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa perlu melenting dengan pertanyaan saya kelmarin (30 Mac’10)?
Apabila semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersama-sama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sibuk bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Umno BN di Dewan Rakyat, menentang usaha Umno melantik Badan Perundingan Antarabangsa Apco Worldwide (IAC), iaitu proksi Zionis-Israel; saya bertanya beliau, “Kenapa Ustaz asyik bersembang dengan Datuk (Ahmad) Husni Mohamed Hanadzlah (Menteri Kewangan) di Cafeteria (Ahli Parlimen) ini?“
Saya berasa, saya wajar mengetahui tentang kepemimpinan saya, apakah perkara yang begitu penting di sisi Nasharuddin sehingga beliau mengutamakan Ahmad Husni dari komitmennya menentang Umno di Dewan Rakyat?
Bukan sahaja lima wartawan Harakah melahirkan rasa hairan melihat kelaku Nasharuddin, seorang wartawan dari suatu akhbar berbahasa Cina yang kebetulan bersama saya pun turut menyuarakan rasa hairan dengan iltizam politik Nasharuddin pada saat itu.
Dalam fikiran saya, sekiranya yang duduk melepak di situ adalah Datuk Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Emas), Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru) atau Datuk Zahrain Md Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru) atau Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai); saya tidak kisah.
Mereka Ahli Parlimen Bebas. Mereka dipanggil pengkhianat. Mereka dipanggil ‘Katak-katak Jadian’.
Nasharuddin adalah Ahli Parlimen Bachok. Nasharuddin adalah Timbalan Presiden PAS. Nasharuddin adalah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Nasharuddin bukan Ahli Parlimen Bebas. Nasharuddin bukan Ibrahim, Zulkifli, Zahrain atau Mohsin yang dipanggil ‘katak’ di Parlimen.
Apa sahaja yang dilakukan oleh kepemimpinan parti saya, saya kira saya wajar tahu dan saya wajar berfikir.
“Yang anta (kamu) nak tahu kenapa? anta siapa?” Nasharuddin membengis.
Saya pun memperkenalkan diri. Saya membuat pengakuan di depan Nasharuddin sambil diperhati Ahmad Husni bahawa saya merupakan ahli Pas, wartawan Harakahdaily dan blogger anti Kerajaan Perpaduan.
Saya juga membuat pengakuan di depan Nasharuddin, sambil diperhati oleh Husni, yang saya ini benci dengan pemimpin yang mengkhianati Pakatan Rakyat; saya benci pemimpin pro Umno; saya benci pemimpin yang penipu; dan saya akan lawan mereka habis-habisan.
“Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk lepak di sini sedangkan MP-MP Pakatan (Rakyat) yang lain sedang sibuk menghentam fraksi Zionis (Umno) di Dewan Rakyat? Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk asyik bersembang dengan dia (saya menunjuk jari kepada muka Husni) ini?” saya mula bertegas.
Nasharuddin menekan suaranya, “Ana (saya) kenal anta (kamu). Ana tahu apa yang anta buat. Semuanya ana tahu (iaitu saya anti pemimpin pro Umno dan Kerajaang Perpaduang), apa yang anta buat. Kenapa anta nak tahu? Kenapa anta sibuk nak tahu ana buat apa (sekarang)?“
“Aaaaih…salahkah saya nak tahu apa yang hang (kamu) buat di sini? Salahkah aku nak tahu kenapa hang tak sama-sama Pakatan Rakyat sekarang (dalam) menentang usaha membawa Zionis-Israel ke Malaysia (di Dewan Rakyat),” saya bertanya Nasharuddin lagi.
“Ana pun kenal hang. Aku pun ada rakaman-rakaman dan bukti pemimpin Pas khianat Pakatan (Rakyat) dengan pergi mengadakan pertemuan dalam gelap dengan Umno (yang) zalim sebelum ini.”
Husni kemudiannya bersalaman dengan Nasharuddin dan bersalaman dengan saya apabila saya saya serius memperkatakan kepentingan Ahli Parlimen PAS menentang Apco/IAC menggunakan pentas Dewan Rakyat.
“Ana tengah dengarkan,” kata beliau sambil menunjukkan peti televisyen di Kafeteria Ahli Parlimen.
“Sebab itulah saya nak tahu, kenapa Ustaz berada di sini dan asyik berbual dengan Husni? Saya cuma nak tahu sahaja, kenapa Ustaz tidak berada di Dewan Rakyat pada waktu genting sebegini?” saya mengerut dahi dan mata saya tidak lepas memandang mata hitam Nasharuddin.
“Kenapa nta (kamu) nak tahu? Kenapa nta sibuk nak tahu ana buat apa (sekarang)?” Nasharuddin seperti mengelak untuk memberi jawapan yang wajar apabila saya terus bertanya soal yang sama, ’saya nak tahu…’
“Aaaiihhh…takkan salah saya nak tahu. Bila Nabi Ibrahim tanya Allah, nak tahu tentang Allah, Allah pun tak marah Nabi Ibrahim. Allah perjelas apa yang dipersoal oleh Nabi Ibrahim sebab Ibrahim nak tahu tentang (kebesaran) Tuhannya,” saya berhujah.
“Aaaaihhh…kalau Allah pun layak ditanya, takkan saya salah (sekiranya) bertanya Ustaz: kenapa Ustaz di sini? Kenapa Ustaz bersama Husni ketika semua orang (Ahli Parlimen Pakatan Rakyat) sedang sibuk menentang Zionis Malaysia (Umno).“
Lama juga beliau berdiam dan saya nampak kebengisannya. Saya tidak nampak wajah seorang Timbalan Presiden PAS. Saya tidak nampak wajah seorang ahli PAS dalam dirinya.
Sambil mengusap belakang beliau, saya kemudiannya merapatkan muka kepadanya lalu berbisik, “Ustaz ini Islam, pemimpin Islam dan pemimpin Pas. Ustaz tak perlu takut kepada saya.“
“Saya Muslim. Saya wartawan paling junior. Saya ahli Pas. Ustaz tak perlu takut kepada saya kerana saya hanya bertanya: kenapa Ustaz di sini (di Kafeteria Ahli Parlimen)?“
Kata saya lagi, sekiranya saya seorang Blogger yang tidak bermaruah, saya tidak bersemuka dan bertanya Ustaz semua (persoalan) ini.
Saya kemudiannya meninggalkan Nasharuddin seorang diri di Kafeteria tersebut.
Kemudiannya, saya mendapat tahu bahawa beliau meninggalkan Parlimen, tidak menyertai sesi penghujahan pada sebelah petang di Dewan Rakyat.
Selepas peristiwa itu, banyak wartawan menemui saya. Beberapa Ahli Parlimen PAS juga menemui saya meminta penjelasan lanjut daripada saya.
Saya kata, saya seorang yang tidak pandai politik. Sebab itu, saya pergi bersemuka sendiri dengan Nasharuddin dan bertanya semua persoalan tersebut.
Kalau beginilah sikap kepemimpin PAS, saya anggap beliau tidak layak memimpin jamaah PAS dan tidak layak memimpin kerajaan Malaysia kerana apabila Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.
Maafkan saya, tulisan ini bukan sekadar tulisan blog. Doa seorang Muslim. Ini doa seorang ahli marhaen Pas.
Kepada semua pelayar blog ‘kecil’ ini, khususnya geng Kerajaang Perpaduan, segelintir pemimpin Pemuda yang bacul dan ahli-ahli PAS yang menyokong usaha membawa PAS bergabung dengan Umno sendiri, sila buat aduan segera tentang entri ini kepada Lembaga Disiplin PAS supaya saya boleh didakwa dan dipecat.
Wallahu ‘alam. Lawan!
———-
SAYA MUSLIM, SAYA BENCI PENGKHIANATAN
SAYA MUSLIM, SAYA BENCI PERKAUMAN
Tulang Besi
Integral Human Development – a book by Paul Dass, SJ
56 minutes ago
2 Komen :
Zainul Faqar yang biadap
Ada ilmu tapi tidak diamalkan, ada adab tapi tidak dipraktikkan, ada maruah tapi ditelanjangkan, sayangkan jamaah tapi merendah-rendahkan orang lain dihadapan khalayak.
Apakah motif Zainul Faqar menerjah Ust Nasharuddin Mat Isa ketika sedang berbual dengan seorang ahli parlimen Umno ketika parlimen sedang bersidang berkenaan isu APCO. Bagi Zainul Faqar, isu itu terlalu besar sehingga tidak boleh berehat untuk minum air.
Kalau ya pun ingin tahu apa yang dibualkan oleh Ust Nasha, kenapa sampai ‘ditelanjangkan’ maruah kawan itu semata-mata kerja bodoh engkau tu.
Apa yang buruk sangat berbual dengan MP Umno tu. Dan satu lagi, kenapa terdesak sangat engkau ingin tahu apa yang dibualkan mereka berdua.
Tak boleh ke buat secara baik, tanya dengan baik, bagi Ust Nasha selesai dulu minum pastu jumpa dan ajukan persoalan yang engkau mahu tanya sangat kalau ya pun penting bagi engkau orang.
Dua pengajaran yang kita perlu hayati
1. Sebagai wartawan janganlah diterjah kawantu. Beradab sedikit ketika menemuramah pemimpin.
2. Sebagai pemimpin juga jagalah adab. Jangan perlekehkan orang lain. Apa salah jemput minum dulu. Lepas tu jawablah secara berhemah. Kalau jawab mcm tu akupun bengang.
3. Aku kadang-kadang lebih puji cara pemimpin DAP atau UMNO layan rakyat. Hatta Mahathir yang aku bencitu aku respek caranya menjawab soalan.
4.Yang peliknya kita cakap berapi-api tentang media perdana tapi bila disorong mic atau perakam suara terus ulas sesuatu isu. Padahal kita tahu mereka ni mewakili media mana.
5.Respon berlainan bila mengetahui mereka ini mewakili media baru blogger umpamanya. Padahal mereka inilah yang telah banyak membantu kemenangan PRU12 yang lalu.
Post a Comment