BlogList Malaysia

01 March 2010

Zulkifli Nordin Sertai DAP

Nafi Masuk UMNO, Tapi Tak Mustahil Masuk DAP...!!!

Ahli parlimen Kulim Bandar Baru Zulkifli Noordin menafikan desus-desus bahawa beliau akan keluar PKR hari ini.

"Tidak sesekali. Tidak sesekali," katanya kepada Malaysiakini tengah hari ini.

Setelah diperkatan beberapa minggu, cakap-cakap tersebut kembali bertiup kencang hari ini apabila sebuah akhbar menghantar SMS berita, melaporkan satu sidang media bagi mengumumkan peletakan jawatan itu akan dibuat.

Spekulasi itu dikuatkan lagi dengan tindakan seorang lagi ahli parlimen PKR Tan Tee Beng (Nibong Tebal) yang keluar parti, sekaligus menjadi wakil bebas pagi ini - mengikuti jejak langkah ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim.

Ketika dihubungi, Zulkifli berkata beliau tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengadakan apa-apa sidang media, bahkan “tidak pernah terfikir” untuk meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, ahli parlimen kontroversi itu sekali lagi menegaskan, beliau tidak akan melepaskan “firaun-firaun kecil dalam PKR”.

Ditanya sama ada beliau bakal melompat menjadi ahli Umno, peguam muda tersebut sempat berseloroh: “Bukan Umno, masuk DAP. Saya hendak jadi setiausaha agung DAP (ketawa).”


Tidak hadir ke prosing lembaga disiplin

Kira-kira jam 3 petang tadi, Zulkifli tiba di ibupejabat PKR di Petaling Jaya di mana lembaga disiplin PKR bermesyuarat untuk memutuskan nasibnya.

Beliau dituduh melakukan dua kesalahan dengan membuat laporan polis terhadap ahli parlimen PAS Khalid Samad berhubung isu kalimah Allah dan mengkritik setiausaha agung DAP dan Ketua Menteri Pulang Pinang Lim Guan Eng.

Mengulas prosiding lembaga tersebut petang ini, Zulkifli berkata beliau telah menghantar notis bagi memohon penjelasan - mengandungi lapan perkara - berhubung pertuduhan-pertuduhan terhadapnya, tetapi sehingga kini tiada sebarang balasan.

Surat tersebut, tambahnya diserahkan pada 16 Februari - tarikh awal perbicaraan kesnya - antaranya meminta penjelasan sama ada lembaga tersebut boleh berlaku adil ketika banyak pemimpin kanan PKR mahu beliau dipecat.

Katanya, perbicaraan serentak dua pertuduhan itu juga akan mewujudkan prasangka di kalangan panel lembaga tersebut terhadapnya.

Zulkifli juga mempersoalkan kenapa tidak ada tindakan yang sama terhadap pemimpin PKR lain seperti Wee Choo Keong (Wangsa Maju) yang turut dilaporkan bakal menghadapi tindakan yang sama.

“Pilih kasih, itu yang saya sebut dalam surat itu,” katanya.

5 Komen :

Samdol March 1, 2010 at 9:31 PM  

jangan dilayan sangat mamat ni. Lagi di layan lagi mengada ngada...biaq pi dia nak masuk apa pun. Nak habaq masuk UMNGOK malu2 polak....jenis pelaq...

Lord Garam March 2, 2010 at 8:18 AM  

KAH..KAH..KAH..KAH..

ORANG BODOH DAN BUTA PERUT CAM ADMIN BLOG NIE JERK YANG MASIH LAGI BODOH DAN TERUS DIPERBODOHKAN OLEH ANWAR IBRAHIM.

ANTARA KEBODOHAN BLOG INI ADALAH:
1. YAKIN ANWAR JADI PM
2. YAKIN ANWAR TAK MELIWAT PASAL DAH DISUMBAT DENGAN CERITA TAHYUL ANWAR ADANYA KONSPIRASI.
3. LAGI BODOH BLOG NIE PERCAYA LAPORAN PUSRAWI RPK PADAHAL DAH ADA STATEMENT KAT MAHKAMAH, LAPORAN PUSRAWI TAK PERNAH WUJUD.
4. SANGAT BODOH BLOG INI BILA KEBENARAN ADA DIDEPAN MATA MASIH LAGI SOKONG ANWAR YANG MEMANG KAKI PELIWAT.
5. TERLEBIH BODOHNYA SEBAB MASIH LAGI BODOH DAN BEBAL BILA SUDAH RAMAI YANG MAHU KELUAR PAKATAN DAN SEDAR ANWAR KAKI LIWAT DAN TIDAK BERMORAL TERUS JUGA ADMIN BLOG INI PERCAYA ANWAR MAKSUM DARI SEBARANG DOSA.
6. TERUS MEMBIARKAN ADMIN BLOG INI DIPERBODOHKAN DAN MENUTUP MATA HATI UNTUK MENILAI KEJADIAN DISEKELILING.
7. PENDEK KATA, ADMIN BLOG INI SUKA DIPERBODOHKAN.

TAHNIAH ADMIN YANG BODOH.

Anonymous ,  March 2, 2010 at 10:08 AM  

kah kah kah TokeyGaram
Ada lagi spesis macam ni dimuka bumi malaysia,skrg orang dah hidup zaman global zaman dunia tanpa sempadan.
Otak kau tu tak sesuai hidup dalam dunia hari ni, ketinggalan zaman. Orang dah bencikan UMNO, tiada lain kecuali bencikan UMNO, apa sekalipun jawapannya adalah satu, "kami bencikan UMNO".
Nak kata Anwar liwat gajah sekali pun kami tetap satu "kami bencikan UMNO".

TokeyGaram@AnjingKurapUmno ,  March 2, 2010 at 10:11 AM  

TokeyGaram.. Bodoh2 admin sekurang-kurangnya dia ada jugak blog sendiri.. Tak macam ko yang melalak macam ANJING KURAP kat blog orang.. Blog sendiri pon tak mampu nak buat.. KahKahKah..

Kesian ko ANJING KURAP..

Lord Garam March 2, 2010 at 10:08 PM  

He..He..He..

pegila cek garamanis.blogspot.com

sapa punya blog tuh..

he..he..he..

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas