BlogList Malaysia

20 March 2010

Woi Ibrahim, Siapa Yang Nak Rampas Hak Melayu?

Ketika mengulas isu kepimpinan pada abad ini, Zaid mengambil peluang mengkritik Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwanya sengaja menakut-nakutkan orang Melayu.

Beliau mempersoalkan kepada NGO pimpinan ahli parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali itu berulang kali menyebut kebimbangan terhadap hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang diperuntukan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam wawancara Ibrahim dengan Malaysiakini, beliau berkata kita mesti pertahankan hak-hak dalam Perkara 153. Saya pun Melayu. Siapa yang hendak ambil hak kita yang dia cakap sangat itu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kira-kira 900 peserta perhimpunan kongres tersebut - kesemuanya berumur bawah 35 tahun - supaya tidak terikut-ikut dengan “ketakutan yang sengaja direka oleh orang politik”.

“Di Malaysia ini bumiputera (jumlahnya) besar. Di Sabah dan Sarawak, Iban sahaja sudah 60 peratus. Itu belum campur Melanau. Mustahil hak kita akan diambil oleh sesiapun,” katanya kepada peserta yang kebanyakannya berbangsa Melayu.

1 Komen :

cucu mamak kutty ori punya tau ,  March 20, 2010 at 11:07 PM  

ALAI KLU MANUSIA CUMA PI SEKOLAH SAMPAI MASUK UNIVERSITI SEMATA2 UNTUK JADI PANDAI...AKAN TETAPI TIDAK JADI INSAN YG CERDIK....MAKA AKAN JADI MEREKA2 NI SEPERTI AHLI2 DAN PENYOKONG UMNO...JOM KITA PIKIR PAKAI OTAK....SIAPA YG RAMPAS HAK MELAKA...DAP KE...PAS KE...PKR KE....SAPA KAH YG YG BAWAK KANUN TANAH NEGARA KE PARLIMEN DULU...YG MEMBERI HAK KERAJAAN MENGAMBIL TANAH SIMPANAN MELAYU DAN TANAH2 ADAT MELAYU ATAS ALASAN UNTUK KEMAJUAN DAN MEMAJUKAN TANAH2 TERSEBUT DEMI PEMBANGUNAN,SEHINGGA MENIDAKKAN HAK ORG MELAYU MEMBANTAH UNTUK DI BAWA KEMAHKAMAH...TUAN2 PUNYA TANAH CUMA DI BERI HAK MEMBAWA KEMAHKAMAH SEKIRANYA TAK BERPUASHATI KEATAS NILAI PAMPASAN YG DIBERI....TANAH TETAP DI AMBIL JUGA....NAK TUNGGU KES DIBAWA KEMAHKAMAH MENGAMBIL MASA,SEDANG TANAH DAH DI AMBIL DAN DI MAJUKAN,TUAN PUNYA TANAH DAH PUN DI ARAH MENGOSONGKAN TANAH TERSEBUT...TANAH2 ORG MELAYU DAH HILANG...ORG MELAYU KLU DULU DUDUK DLM BANDAR ATAU PINGGIR BANDAR...SEKARANG DUDUK PINGGIR HUTAN ATAU DLM HUTAN...DAPAT DUIT PAMPASAN NAK BELI TANAH YG DEKAT DGN BANDAR DAH MAHAL,TAK MAMPU NAK BELI,DULU TANAH DI JUAL KIRA EKAR TAPI SEKARANG DI JUAL IKUT KAKI PERSEGI..MELAYU TAK MAMPU....TANAH2 YG MAMPU DIBELI IA LAH TANAH2 DI HUJU2 KAMPONG DAN DI PINGGIR HUTAN.....KLU DULU ORG MELAYU ORG TOWN....SEKAEANG ORG MELAYU DAH JADI ORG HUTAN.....KAH KAH KAH....53 THN UMNO PERINTAH ORG MELAYU DI RAMPAS HAK MILIK MEREKA KONON2 ATAS ALASAN PEMBANGUNAN,KANUN TANAH NEGAR TU ADALAH JASA GHAPAR BABA ....TU LE DIA ORG YG TELAH KHIANAT PADA BANGSA NYA SENDIRI....ZAHIR MAT ARIP TENTU BANGGA DAPAT DATUK SEDARA MCM TU....KAK KAH KAH...PERKASA MANA...PRIBUMI MANA....KENAPA TAK DESAK UMNO SUPAYA MENGHAPUS KAN AKTA TANAH YG MENGKHIANATI ORG MELAYU TU....JILAT UMNO UNTUK UMNO TERUS MELINGKUPKAN MASA DEPAN ORG MELAYU.....APA LE PUNYA BANGGANG NI ORG2 MELAYU YG KONON2 NYA PANDAI.....AKAN TETAPI TIDAK CERDIK.....PERKASA CERDIK KE...PRIBUMI CERDIK KE...KAH KAH KAH

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas