BN Perlis masih berusaha memujuk ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn supaya menarik balik peletakan jawatannya bagi mengelak pilihan raya kecil diadakan,
"Yip masih lagi ADUN Titi Tinggi dan kita masih lagi memujuknya," kata Speaker DUN Perlis, Datuk Yazid Mat hari ini.
"Saya nampak hari ini beliau amat positif dan sudah bertenang.
"Pagi tadi Yip telah mengubungi saya dan saya bertanya khabarnya. Saya tanya apakah masalahnya (letak jawatan), dia kata tidak ada masalah dan saya memintanya bersabar," kata Yazid ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
"Kita tidak mahu pilihan raya kecil," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Ditanya berapa lama masa yang BN perlukan untuk memujuk wakil rakyat tersebut, Yazid menjawab: "Sehari dua lagi... Harapan untk dia (kekal) bersama kita (adalah) cerah".
Menurutnya, beliau dan bekas timbalan ketua bahagian Umno kangar, Datuk Ahmad Bakri Ali sedang berusaha untuk memujuk Yip menarik balik peletakan jawatannya.
Katanya, mereka berbuat demikian atas arahan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu memandang Ahmad Bakri adalah rakan karib Yip.
Ditanya sama ada perkara itu akan dibawa kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Yazid menjawab: "Kalau saya buat begitu, seolah-olah saya mahu pilihan raya kecil.
"Kita tidak mahu pilihan raya kecil. Kita mahu dia untuk terus bersama BN untuk membangunkan negeri ini," katanya.
24 March 2010
Umno/BN Takut Hadapi Pilihanraya Dun Titi Tinggi
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
umno perlis
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment