Parlimen tidak sepatutnya dijadikan sarang ‘pelacur politik’ sehingga meruntuhkan kemuliaannya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Jangan jadikan Parlimen sebagai sarang pelacuran yang dipenuhi kuman siflis dan wabak aids yang akan meruntuh kemulian dewan yang dibanggakan selama ini," tegas beliau ketika mengulas ahli-ahli Parlimen yang melompat.
Beliau meminta ahli-ahli Parlimen yang melompat itu menyedari bahawa rakyat memberi kepercayaan kepada mereka atas nama Pakatan Rakyat (PR) bukan atas nama diri mereka.
"Mereka boleh untuk tidak bersama PKR dan PR tetapi mereka perlu melepaskan jawatan ahli Parlimen untuk kembalikan mandat itu kepada rakyat.
"Inilah cara terbaik untuk mereka membuktikan dakwaan mereka PKR dan PR tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat. Bukannya menjadi pelacur politik yang membawa penyakit yang boleh merosakan masyarakat," tegas beliau lagi.
Beliau juga menyifatkan ahli-ahli Parlimen yang melompat itu sudah tidak ada kelayakan untuk menjadi ahli Parlimen.
Ahli-ahli Parlimen yang melompat parti, katanya, mencabuli amanah rakyat.
"Parlimen tak boleh mengizinkan ahli Parlimen seperti ini yang membohongi dan menggadai amanah rakyat.
"Perbuatan ini sama seperti kesalahan pecah amanah. Orang yang pecah amanah hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mengulas titah diraja ketika perasmian penggal Parlimen Isnin lalu di mana Yang di-Pertuan Agong mengingatkan ahli-ahli Parlimen supaya menjaga adab dalam perbahasan, Mahfuz berkata, apabila membicarakan soal adab dan kesopanan ia tidak terbatas kepada tingkah laku seseorang ahli Parlimen ketika berbahas.
"Tingkah laku tindakkan ahli Parlimen diluar dewan juga merupa perkara penting untuk dinilai," katanya.
Tingkah laku tersebut termasuk perbuatan mencabuli amanah rakyat yang mengundi mereka.
Kenyataan bengong dari pemimpin PAS
52 minutes ago
3 Komen :
Kah! kah! kah!
Kesian Zul Nordin @ katak berjanggut terpaksa bersama PERKASA (Persatuan katak-Katak antarabangsa) dan berketuakan Brahim Ali katak Puru Pasir Pekan.
Kah kah kah
tapi kalau bisa terjadi rancangan DSAI memujuk ahli BN itu hari,adakah statement ini tetap sama...gua keliru
patutnya ahli2 BN yang bersekongkol dengan anwar ibrahim utk bersama2 mengambil alih putrajaya patut dihukum,BN tak boleh biarkan kepada pemimpinnya yang mungkin belot kepada BN sekiranya tak dibawa lari ke Taiwan,kalau 52 orang MP ni masih ada kat malaysia pada 16 sept tu, kemungkinan anwar telah berjaya ke putrajaya.
Ha....DS Najib apa tunggu lagi, zahrain dah dedahkan tentang MP2 pembelot yang ingin bersama anwar.ambik tindakan keatas mereka sebelum ditikam dari belakang sekali lagi.
Post a Comment