Ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim membidas Malaysiakini berhubung laporan sebuah seminar berprofail tinggi mengenai kehakiman dan kerajaan Malaysia di Washington DC yang turut dihadirinya.
Seminar itu anjuran sebuah badan pemikir terkemuka - Pusat bagi Strategi dan Pengajian Antarabangsa (CSIS) dan dihadiri oleh pegawai kerajaan Amerika, aktivis, diplomat dan rakyat Malaysia di sana.
Zahrain mendakwa Malaysiakini membekalkan maklumat berhubung seminar itu kepada blogger Raja Petra Kamaruddin, yang kemudiannya memutar-belitkan fakta menjadiakan majlis itu sesuatu yang negatif.
Ketika ucapan penggulungan terima kasih terhadap titah Yang di-Pertuan Agong, Zahrain menuduh Malaysiakini bersekongkol dengan Raja Petra bagi menyerang Barisan Nasional untuk kepentingan Pakatan Rakyat.
Bekas ahli parlimen PKR itu merujuk kepada seminar yang bertajuk 'Urustadbir dan Keluhuran Undang-Undang di Malaysia' yang disiarkan pada 25 Februari lalu.
Dalam pengumuman CSIS yang dikeluarkan seminggu sebelum majlis itu, ia menyatakan bahawa seminar dua jam itu adalah program terbuka. Tetapi penganjurnya kemudian telah mengubah fikiran dan menjadikannya program tertutup.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Aziz merupakan satu-satunya wakil Malaysia.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pengerusi penal penasihat SPRM, Datuk Abdul Hamid Mohamad turut dijemput untuk berucap tetapi tidak hadir.
Selain Zahrain, seorang lagi MP, Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) juga dikesan turut bersama rombongan Nazri.
Pendedahan 'hubungan baik' antara Zahrain, Wee dan Nazri berlaku dua minggu selepas beberapa MP PKR berpaling tadah.
Ia memperhebatkan khabar angin bahawa BN cuba memancing MP pembagkang bagi membolehkan mereka memperolehi majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Zahrain juga membidas seorang penyumbang Malaysiakini - Terence Netto - yang disifatkannya sebagai penulis upahan.
Berikutan itu, beliau menggesa pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat Malaysiakini, Raja Petra dan kumpulan yang beliau gelarkan sebagai “penulis hantu” serta “pengampu” Pakatan Rakyat.
Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
4 hours ago
3 Komen :
salam
isu ini adalah antara zahrain & anwar, tiada kena mnegena dgn umno, tulis berdasarkan bukti la jgn main tulis jer, kalau setakat nak tulis, budak tadika pun boleh tulis
Betul tu DR 1221. Kalau setakat nak komen mcm dr tu kanak-kanak tadika lebih pandai. Tak payah bergelar dr.
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Hello DR 1221 ,Buah tidak akan berbuah kalau tak berpaut ke ranting , Ranting tidak akan beranting kalau tak ber paut pada batang pokok , Batang pokok tidak akan berdiri teguh kalau tak berpaut ke akar , akar tidak akan berjalar kalau tak memcemkam kat tanah.Tanah e2 lah UMNOBN . So DR 1221 ,betullah komen DUN26Bangi budak tadika lebih pandai dari DR 1221.Lain kali sebelum komen bertanya dulu kat budak budak Pasti .
Post a Comment