Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali percaya usaha yang dijalankannya melalui Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) akan menerima sambutan golongan muda, walaupun kebanyakan pemimpin dalam majlis tersebut, terdiri daripada muka-muka lama.
Dalam bahagian terakhir temubual ini juga, ahli parlimen Pasir Mas yang terkenal dengan kelantangan suaranya, turut menyatakan pendirian dalam permohonan royalti minyak oleh kerajaan PAS Kelantan.
Ibrahim juga bercakap mengenai hubungannya dengan PAS yang memberi peluang kepadanya bertanding di Kelantan atas tiket parti itu. Ibrahim dilihat semakin jauh dari parti itu apabila mengambil beberapa pendirian yang tidak sehaluan dengan PAS.
Setakat ini, lima lagi ahli parlimen telah mengikut jejak Ibrahim untuk menjadi suara bebas di parlimen, dan ini dialu-alukan olehnya.
Sambil mengelak apabila diajukan beberapa soalan, Ibrahim sekali lagi mengambil peluang untuk 'menyekolahkan' Malaysiakini mengenai isu-isu sensitif yang menurutnya, tidak sepatutnya dijadikan bahan laporan.
Sejauh mana sokongan golongan muda dalam usaha ini?
Ada, golongan muda ramai. Dalam PERKASA ramai golongan muda. Saya pun bangga kerana bukan sikit golongan muda (sertai PERKASA). Setiap hari ada dekat 200 orang masuk. (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) juga sebahagian daripada MPM.
Berapa kekuatan MPM ini?
Saya tidak boleh anggar kerana ini bergantung, kalau anda nak anggar dari jumlah keahlian satu persatuan mungkin ada dua ribu, mungkin ada tiga ribu, anda campur, tapi kalau 76 (anggota gabungan MPM), saya ingat sejuta (orang) lebih ataupun hampir dua juta (orang) kalau termasuk (semua) Dewan Perniagaan Melayu, Persatuan Kontraktor Melayu, GPMS, PERKASA, Dewan Perniagaan Islam... Besar-besar semua ni. Jadi semuanya pertubuhan yang ada ahli ramai.
Berapa ramai keahlian PERKASA?
Saya tidak tahu sebab sekarang ini sedang diproses. Yang saya tengok borang yang belum diproses yang di pejabat itu pun dah sekarang ini, kad ahli dengan sijil lebih kurang 5,000 lebih. Tapi yang belum proses ada dekat 50,000 lebih.
Jadi, golongan muda Melayu sudah semakin aktif melalui PERKASA?
Memang, dan kita akan melawan. Sekarang kita dah tidak jadi defensif lagi dah. Kita sekarang mengambil sikap ofensif.
Golongan ini akan dibawa turun ke padang?
Belum, itu kita akan bincang dalam MPM lah. Ia bukan keputusan peribadi saya. Itu bergantung, maknanya ada tindakan yang kita akan buat atas nama MPM, dan ada juga tindakan yang kita akan buat atas nama individu masing-masing. Mungkin ada ketika, kita tak dapat kata sepakat. Maka kita boleh bertindak atas persatuan masing-masing.
Mayat tanpa pengenalan diri ditemukan di Kuala Kangsar
58 seconds ago
2 Komen :
Kalau dah jenis suka menipu pergi ke mana pun menipu juga....
Sudah berahim...jangan nak bodohkan orang lagi...kami bukan tak pergi ke sekolah...kalau nak menipu pun berpada-padalah sikit....
Mu ni Brahing , buak malu jo oregh kelate . Nate Beruk sokmo mu la mu ni. Lidah mace bewok , lopak mace katok , cakap kluk klak mace oregh hilang akal... Brahing brahing .. nanti tok de nok mengucap malaikat maut mari.. pade doh muka mu..
Post a Comment