Ahli parlimen PKR, Zulkifli Noordin hari ini masuk menghadap lembaga jawatankuasa dispilin parti tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.
Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.
"Saya percaya ini adalah rancangan jahat firaun-firaun kecil dalam PKR yang sengaja mahu memalukan dan mengaibkan saya dan agama Islam dengan mengadapkan saya keh adapan Lembaga Disiplin yang bukan Islam," katanya.
Sehubungan dengan itu, beliau tidak mengiktiraf panel berkenaan.
"Saya tidak mempertikaikan kredibiliti dan integriti ahli panel Lembaga Disiplin ini. Mereka adalah terdiri dari kalangan yang dihormati.
"Saya juga faham mereka tidak mempunyai sebarang kuasa kerana yang berkuasa didalam PKR adalah Majlis Pimpinan Parti. Dan MPP PKR kini dikuasai oleh firaun-firaun kecil yang mempunyai agenda jahat dan sempit terhadap Islam dan umat Islam.
"Dan firaun-firaun kecil ini memang tidak sabar-sabar untuk melakukan apa sahaja untuk memastikan saya dipecat. Saya tidak rela dibicarakan di hadapan panel yang bukan Islam dalam hal membabitkan aqidah, syariat dan umat Islam," katanya.
Panel itu dianggotai oleh seorang Islam, dua Kristian dan seorang Hindu.
"Atas alasan itu, saya memilih untuk tidak mengiktiraf panel lembaga disipilin Kristian ini untuk membicarakan saya dalam isu kalimah Allah. Maka saya membuat keputusan untuk walk out," katanya.
Permintaan Zulklifi bagi ahli panel terdiri daripada anggota beragama Islam itu bagaimanapun ditolak kerana kuasa melantik terletak pada Majlis Pimpinan Parti PKR.
Zulklifi kemudian menuntut MPP melantik panel baru sebelum Selasa ini.
"Oleh itu saya desak kepimpinan PKR supaya membubarkan lembaga disipilin ini dan menubuhkan sebuah lembaga disiplin baru yang terdiri dari ahli panel yang beragama Islam.
"Sekurang-kurangnya kalau nak pecat saya pun, biarlah keadilan itu bukan sahaja dilaksanakan, tetapi dilihat dilaksanakan." kata ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu.
04 March 2010
Hentikan Madah Berhelah Tuh.. Lompat Sajalah Zul.
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
zul kulim
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment