YB Midah Cuba Ceroboh Surau Song Choon Lagi?
Jika sebelum ini ADUN Sg. Rapat, Hamidah Osman bertindak menggunakan surau Al-Falah Taman Song Choon, Ipoh walaupun tanpa mendapat kebenaran dari AJK surau tersebut, kali ini beliau difahamkan sekali lagi cuba untuk menggunakan surau tersebut bagi tujuan politik beliau.
Salah seorang AJK surau Taman Song Choon memaklumkan bahawa wakil Yb Midah telah datang menemui salah seorang AJK surau tersebut untuk memaklumkan hasrat mereka namun ditolak mentah-mentah . Walaupun cuba dipujuk oleh Ketua Bahagian Umno Gopeng yang menjanjikan sumbangan seekor lembu dan wang ringgit , beliau tetap dengan pendirian bahawa AJK surau tersebut tidak akan membenarkan program tersebut diadakan di surau Taman Song Choon. Ini ekoran dari tindakan biadap umno yang menggunakan surau tersebut sebelum ini yang menggunakan surau bagi program politik walaupun tanpa kebenaran AJK surau.
Walaupun wakil umno cuba untuk mengatakan bahawa surau bukan milik PAS, AJK surau tersebut menyatakan bahawa walaupun surau itu bukan hak PAS,hanya orang PAS sahaja yang datang ke surau sedangkan ahli umno lebih gemar bersembang di padang. Ahli-ahli PAS juga komited memberikan sumbangan bagi menjayakan program kuliah yang diadakan hampir setiap malam di surau tersebut walaupun tidak mendapat bantuan walau satu sen termasuk dari jabatan agama sendiri.
Cadangan dari Yb Midah sendiri tidak dipersetujui oleh beberapa ahli umno di taman tersebut. Mereka mengatakan bahawa ahli-ahli umno "dipulau" oleh masyarakat sekeliling selepas tindakan umno menceroboh surau sebelum ini. Malahan ada di antara kenduri yang diadakan oleh ahli umno tidak dihadiri masyarakat setempat dan ada di kalangan mereka yang malu bergaul dengan masyarakat lantaran tindakan pemimpin umno bahagian terutamanya Hamidah sendiri yang tidak menghormati AJK surau.
Sebelum ini umno telah menganjurkan program memasak bubur assyura di surau tersebut walaupun tanpa kebenaran dan akhirnya program tersebut dipulau oleh masyarakat sekitar dan YB Hamidah terpaksa membawa ahli-ahli umno dari luar bagi memenuhkan kerusi-kerusi yang kosong. Mereka juga terpaksa menebalkan muka menghantar bubur lambuk dari rumah ke rumah selepas tiada masyarakat yang hadir untuk mengambilnya sendiri.
DPPKG - Hairan kenapa umno beria-ia sangat hendak menggunakan surau taman song choon sedangkan mereka boleh menggunakan banyak lagi masjid dan surau di sekitar DUN Sungai Rapat tanpa halangan.
Dewan Pemuda PAS Gopeng
23 March 2010
Hamidah, YB Tak Bermaruah..
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
cilaka
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
6 Komen :
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Sampai hati AJK Surau Taman Song Choon buat kepada YB Hamidah , apa salahnya YB Hamidah berbakti kepada rumah Allah SWT . YB Hamidah seorang Muslimah dan beragama Islam .Salah ke? YB Hamidah mendekati rumah Allah SWT. Kalau bukan di rumah Allah SWT , kemana YB Hamidah nak berbakti ,takkan AJK Surau Taman Song Choon nak suruh YB Hamidah berbakti dan mendekati rumah ibadat Hindu/tepekong Cina .Zalim sunggoh AJK Surau Taman Song Choon terhadap YB Hamidah .YB Hamidah seorang perjuang Islam yang suci murni , kalau bencikan YB Hamidah sekalipun janganlah pihak AJK Surau Taman Song Choon haramkan penerimaan sedekah seekor LEMBU dan wang ringgit dari seorang Muslimah yang berhati suci murni .YB Hamidah seorang muslimah yang sholatnya tak pernah ditinggalkan.Walla hu alam.
salam..heran dengan pauk pas..nak gunakan surau untuk benda elok pun nk pulau..tidakkah yb tersebut juga adalah org islam.kita semua adalah bersaudara.kenapa nak dihalang penggunaan untuk benda yang elok.bukan untuk mencaci atau menfitnah org lain selain yang sering dilakukan olh pihak pas.fikirkanlah.adakah anda bangga jika dapat membuat org islam lain membenci org islam yang lain.
dimana mana sahaja puak puak pas ni akan berkeroni,orang mcam ni tak layak ,disokong.mereka ingat perbuatan mereka tu baik ke,itulah sebab nye umat islam pas tak pernah amam dan tenteram ,fikiran kusut////
Woi mangkok Hj Jamaluddin dan mangkuk anon.. Ada ka AJK surau tu declare depa tu ahli PAS?? AJK surau tu tak mahu surau dipolitikkan.. Paham.. DIPOLITIKKAN tak kira lah oleh PAS atau Umno atau mana2 parti politik.. Tak paham keadaan kami di sini jangan bercakap..
Salam . . .dulu memang aku bersama PAS . . .sekarang aku dah malu sangat dengan perangai orang2 PAS . . .Tak sokong hangpa lagi dah . . .Tak layak pakai nama ISLAM hangpa ni .
Anak kariah oii . .Sah kamu orang PAS TEGAQ
Post a Comment