BlogList Malaysia

15 March 2010

Contohi PM Najib, Rajin Turun Padang - Agong

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menyeru semua pemimpin di negara ini supaya mencontohi sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sanggup turun ke padang untuk mendampingi rakyat bagi memahami masalah mereka.

Seri Paduka bertitah, sejak tampuk pemerintahan diambil alih oleh Najib, beliau telah berjaya melaksanakaan pelbagai program demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

"Beta mengucapkan tahniah kepada Mamanda Perdana Menteri dan barisan Jemaah Menterinya kerana sejak 11 bulan yang lalu, kerajaan Beta di bawah kepimpinan Mamanda Perdana Menteri telah berjaya melaksanakan pelbagai program demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

"Para pemimpin hendaklah mencontohi Mamanda Perdana Menteri dengan turun padang untuk mendampingi rakyat bagi memahami dengan lebih dekat akan masalah mereka dan jalinkan hubungan yang rapat dengan rakyat di semua peringkat," titah baginda semasa merasmikan penggal ketiga Parlimen ke-12 di sini.


Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut berangkat ke istiadat itu.Ini merupakan kali pertama Tuanku Mizan menyampaikan titah sejak Najib menjadi Perdana Menteri keenam. Seri Paduka bertitah baginda menyambut baik gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan - yang berpaksikan Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan Beta telah menetapkan enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional atau NKRA yang perlu dicapai iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menambah baik pengangkutan awam, memerangi rasuah, mengurangkan kadar jenayah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah," titah baginda.

Tuanku Mizan turut menyifatkan Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan yang dilancarkan pada 28 Januari lepas sebagai satu program yang berani.

"Beta sukacita rakyat menyambut baik akan komitmen-komitmen kerajaan tersebut.

"Rakyat hendaklah berganding bahu bersama-sama kerajaan Beta agar Program Transformasi Kerajaan berjaya dilaksanakan," titah baginda. - BERNAMA

2 Komen :

Anonymous ,  March 16, 2010 at 6:54 PM  

berani ke agong kutuk najib? alamat jatuh tegolek la tanjak tu.... najib rajin turun padang bukan free... jangan pandang pada rajin turun padang jer, tengok jugak apa dah dia lakukan semasa pegang jawatan tu. kenapa kes yang di lapurkan pasal dia tiada siasatan? kebal sangat kah kulit dia sehingga tak boleh disentuh? jangan nanti sampai rakyat kata agong pon 2x5 najib.... xyah bodek sangat kat najib tu, rakyat lebih berkuasa dari dia....

Anonymous ,  March 16, 2010 at 8:17 PM  

Salam..

Yang sepatutnya Agong pun kena turun padang jumpa rakyat, bukannya turun padang tunggang kuda sahaja. Amat jauh lah kalau nak dibandingkan dengan khalifah2 agong terdahulu seperti Khalifah Umar Abdul Aziz dll. Nampak sangat YDPA tak menyelami aspirasi dan keresahan rakyat Malaysia seluruhnya!

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas