Ahli parlimen Kulim Bandar-Baharu Zulkifli Noordin - yang tersepit kedudukannya dalam PKR – mungkin tidak berpeluang lagi berpatah balik kepada parti asalnya PAS, jika disingkirkan dari PKR.
Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali membayangkan gelapnya masa depan wakil rakyat kontroversi itu, termasuk tidak berpeluang bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang atas tiket parti Islam itu.
“Pernah jadi (calon) sekali, lepas itu tidak jadilah,” katanya.
Zulkifli yang terkenal dengan kelantangannya dalam isu-isu Melayu-Islam kini dihadapkan ke lembaga disiplin PKR kerana membuat laporan polis terhadap wakil rakyat PAS Khalid Samad berhubung isu penggunaan kalimah Allah.
Zulkifli pernah menjadi ahli PAS dan bertanding atas tiket parti itu di Kuala Langat dalam pilihan raya umum 2004 tetapi tewas di tangan calon BN, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh.
Empat tahun selepas itu, Zulkifli secara tidak dijangka, sekali lagi terpilih bertanding dalam pilihan raya umum, tetapi memakai logo PKR.
Bagaimanapun, status keahlian peguam tersebut sentiasa dipertikaikan ekoran pandangan politiknya yang sering tidak senada dengan kenyataan parti barunya, di bawah pimpinan Datuk Seri Anwa Ibrahim.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, Mustafa mengesahkan Zulkifli tidak pernah menyatakan permohonannya keluar PAS secara rasmi.
“Jadi di tengah kesibukan plihan raya (2008), tidak semua perkara dibuat secara keputusan rasmi. Ada pun (kes) Zulkifli ini, secara terus terang, saya pun tahu-tahu dia sudah jadi calon PKR,” jelasnya.
“Saya rasa beliau mungkin masih ahli PAS. Beliau tidak pernah keluar PAS. Tetapi kita bertolak ansurlah sebab (sesama) kawan (dalam Pakatan Rakyat). Jadi tidak ada masalahlah (untuk bertanding),” katanya.
Mustafa berkata, penglibatan Zulkifli dengan PKR dengan sendirinya menggugurkan keahliannya dalam PAS.
Mustafa bagaimanapun juga enggan mengulas tempat untuk Zulkifli dalam PAS jika disingkir dari PKR dalam masa terdekat ini.
“Saya tidak hendak jawab tindakan yang belum berlaku. Kita tengok dulu. Saya pun tidak tahu apa hendak berlaku pada beliau,” katanya.
Mengulas tindakan beberapa wakil rakyat Pakatan yang dilihat 'sukar dikawal' dalam Pakatan, khususnya PKR, veteran PAS Terengganu itu berkata:
“Saya tidak bimbang. Dua, tiga orang macam ini biasalah dalam parti yang baru (PKR). Parti yang lama pun, DAP ada juga. Tetapi itu kes di Perak itu berlainanlah. Jadi parti yang baru ini sedang menuju kematangannya. Insya-Allah selesailah tu,” katanya optimis.
Mustafa berkata, imej pemimpin seperti Zulkifli mungkin tidak terjejas jika mereka mengambil jalan menyuarakan perbezaan pandangannya mengunakan saluran dalaman parti.
“Perkara ini pun kalau dibuat secara dalaman tidak menjejaskan imejnya (Zulkifli) sendiri,” katanya.
Lembaga PKR dengan panel lebih 10 anggota yang ditugaskan memutuskan tindakan terhadap Zulkifli dalam masa sebulan dijadual bersidang kali pertama petang ini tanpa kehadiran tokoh kontroversi itu kerana menghadiri proragam parti di Korea Selatan.
Kedudukannya sekarang dianggap berpaut pada dahan yang rapuh apabila ditegur banyak pemimpin kanan parti - termasuk Anwar, timbalan presiden Syed Husin Ali dan naib presiden Azmin Ali – sejak lembaga tersebut belum diaktifkan lagi.
18 February 2010
Tiada Lagi Jalan Kembali Untukmu Zul Kulim
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
zul kulim
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment