Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menjelaskan pergerakan itu tidak berhadapan dengan sebarang krisis dalaman, sebaliknya pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini hanya merupakan satu “kunjungan hormat”.
“Memang ada banyak spekulasi tentang pertemuan hari ini, saya ada membaca pelbagai portal hari ini. Tetapi kita kena faham bahawa pertemuan kami dengan Perdana Menteri secara kebetulan diadakan selepas pelbagai spekulasi muncul,” kata beliau kepada pemberita di pekarangan Pejabat Perdana Menteri.
“Ia tiada kaitan dengan mesyuarat exco kami yang lepas, ia bukan pertemuan untuk menyelesaikan krisis sebab tiada krisis langsung. Jelas, pertemuan hari ini berkaitan dengan masa depan kami,” kata beliau sambil menambah pergeseran dalaman pergerakan itu tidak disentuh langsung dalam pertemuan dengan Najib.
Khairy juga berkata banyak isu menyentuh pergerakan telah disentuh tetapi perbezaan pandangan akan terus wujud.
“Sebagaimana salah seorang exco saya sebut bahawa saya tidak menguruskan sebuah PIBG, tetapi sebuah organisasi politik dengan 100,000 ahli, salah satu organisasi politik paling berpengaruh di negara ini, jadi sudah tentu akan ada perbezaan pandangan. Sebagai Ketua Pemuda, saya kena terima,” katanya.
Khairy mengetuai Pemuda Umno sejak Mac lalu.
Khairy berkata antara perkara yang dibangkitkan dalam pertemuan dengan Najib ialah peranan yang boleh dimainkan oleh golongan muda dalam Umno.
Beliau memberitahu Najib telah meminta pergerakan itu mengemukakan syor berkaitan dengan pelbagai dasar kerajaan.
Pertemuan dua jam dengan Najib ini dihadiri oleh kesemua exco dan ia diadakan kira-kira dua minggu selepas perbincangan “panas” ekoran kenyataan seorang exco, Hishamuddin Yahya telah meminta Khairy agar meletakkan jawatan kerana tidak menunjukkan kepimpinan efektif.
17 February 2010
Tiada Krisis (Wajib Baca Terbalik) Dalam Pemuda Umno - Khairy
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
khairy
,
pemuda umno
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment