Kumpulan kerja aduan dan siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan menemui Raja Azman Raja Petra (gambar) di Penjara Sungai Buloh jam 10 pagi esok.
Suhakam dalam satu kenyataannya hari ini menyatakan kumpulan tersebut akan diketuai oleh Pesuruhjayanya, Datuk N Siva Subramaniam, lapor Malaysiakini.
Kumpulan tersebut akan ke Penjara Sungai Buloh untuk berbincang dengan anak Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin itu dan pihak penjara berhubung laporan media mengenai keadaannya di penjara serta perkara lain berkaitan.
Awal bulan ini, Raja Azman, 34 dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh kerana mengalami kecederaan.
Dia dihantar kakitangan Jabatan Penjara Sungai Buloh selepas ditemui lemah di sel kononnya menelan sebilah pisau cukur dan cedera di pergelengan tangan.
Raja Petra dalam blognya percaya kecederaan anaknya itu disebabkan tekanan akibat penderaan fizikal dan mental yang dilakukan kakitangan jabatan berkenaan.
Penderaan itu dipercayai taktik terdesak pihak berkuasa bagi mendorong Raja Petra keluar dari persembunyiannya.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan itu.
24 February 2010
Suhakam Ke Penjara Bertemu Anak Raja Petra
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment