Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan berkuatkuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.
Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu. - BERNAMA
Ini merupakan Setiausaha ke Dua Mohd Nor Yakcob yang ditahan SPRM (Seteru Pakatan Rakyat Malaysia) berhubung kes rasuah atau penyalahgunaan kuasa selepas Dato Norza Zakaria.
Setiausaha Politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Hasbie Satar (gambar) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana didakwa memiliki kekayaan tidak munasabah dalam tempoh singkat perkhidmatannya.
Menurut sumber terdekat SPRM, Hasbie masih ditahan untuk siasatan lanjut namun tidak dapat dipastikan sama ada beliau telah diambil keterangan atau pun tidak.
Hantar anak ke balai polis kerana tak siapkan kerja sekolah
47 minutes ago
2 Komen :
baguslah, tapi SPRM janganlah letak fail sama. teruskan siasatan.
Barua nie mesti terlepas, sebab menurut undang2 UMNO mereka tidak bersalah. Cuba kalau orang PR yang buat, sampai lubang cacing depa cari bukti.
Undang2 negara 1Malaysia ada 2 set.
1. Undang2 khas untuk UMNO-BN.
2. Undang2 untuk rakyat biasa selaku pembangkang. Kah!...3X
Post a Comment