BlogList Malaysia

14 February 2010

Rakaman Audio Dialog Presiden PAS Bersama PAS Shah Alam

Oleh kerana telah timbul beberapa kontroversi berkenaan dengan lawatan Presiden ke PAS Shah Alam minggu lepas, pihak MAlaysiawaves mengambil keputusan untuk mengeluarkan rakaman audio program tersebut.

DI bawa juga artikel dari Misbahul Munir untuk rujukan di bawah. Selamat mendengar.
(NOTA: Rakaman itu agak panjang dan tidak boleh dimasukkan ke Youtube. Jadi, terpaksalah saaudara/ri muat turun.)




JANGAN TUDUH PRESIDEN PAS DENGAN MELULU TANPA USUL PERIKSA-Ustaz Misbahul Munir


Saya segera menghubungi Setpol Presiden, Dr Shamsuri terhadap satu dakwaan kurang adab beberapa blog dan website berhubung kelewatan Datuk Presiden menghadiri program dialog di Shah Alam. Yang dikesalkan blog orang PAS. Tuduhan terhadap Presiden sangat melulu, biadab, kurang ajar dan berniat jahat tanpa usul periksa. Beginikah sikap ahli PAS yang konon sayang pada pimpinan PAS. Kalau nak komen pula, gunalah bahasa yang agak cermat.

Setpol Presiden menjawab, kelewatan disebabkan program di Terengganu yang Presiden terpaksa tunggu sehingga program tamat. Fligt jam 4.00 petang dari Kuala Terengganu pula tidak sempat. Fligt berikutnya jam 9.30 malam, dijangka sampai ke KLIA jam 10.10 malam. Setpol segera menghubungi penganjur, Presiden sampai lewat, dijangka dari KLIA boleh sampai ke Shah Alam jam 11.00 malam lebih kurang, sanggup ke orang ramai menunggu, sebab dah lewat, kalau tak sanggup menunggu, Presiden bersedia bagi cadangan tarikh lain yang terdekat untuk berdialog dengan ahli PAS Shah Alam berhubung isu tindakan tatatertib ke atas YB Khalid Samad.

Penganjur bersedia menunggu sekalipun lewat. Berlaku pula salah faham antara petugas Unit Amal yang menunggu Datuk Presiden. Petugas Unit Amal menunggu di Tol Subang, kenderaan Presiden pula menunggu di tol yang lain. Salah faham tempat menunggu pun mengambil masa hampir setengah jam.

Akhirnya Tok Guru sampai juga ke tempat program kira-kira jam 11.30 malam. Perkara ini memang sangat dikesalkan oleh penganjur sendiri di atas salah faham tempat menunggu. Orang ramai sebelum itu faham, Presiden akan sampai lewat di atas faktor yang disebutkan tadi, namun mereka bersedia menunggu. Kalau tepat jam 11.00 malam sampai ke tempat program, 1 jam berdialog juga sudah memadai. Tetapi salah faham penganjur dan petugas menyebabkan kehadiran Presiden lebih lewat dari yang dijangkakan.

Sewaktu saya sebagai Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat dan juga sebagai Ketua Penerangan PAS Perak, banyak sekali program anjuran lajnah yang melibatkan Presiden. Tidak ada satu program yang melibatkan Presiden, beliau datang lewat sehingga merosakkan perjalanan program.

Tuduhan terhadap Datuk Presiden dengan sangkaan yang begitu rupa merupakan satu fitnah jahat yang hanya menguntungkan UMNO BN dan musuh-musuh PAS yang lain. Kita diajar dalam al quran supaya mendapatkan maklumat dari sumber yang sebenar sebelum kita mengulas apa sahaja isu. Kalau kita sayang pada Presiden bukan macam itu caranya kita menegurnya, ahli PAS berhak tegur dengan apa cara sekalipun, boleh guna blog, sebab itu juga satu cara untuk menegur.

Tetapi sebelum menegur, cari sumber dulu mengapa Presiden lewat, kalau lewat kerana takut berdepan dengan ahli PAS, saya fikir lebih baik Setpol cari alasan lain yang agak munasabah supaya Datuk Presiden terus tidak hadir ke program tersebut, seperti adik Presiden sedang sakit tenat, orang ramai mungkin lebih menerima alasan ini. Dan malam tadi saya pula dapat mesej adik Presiden telah meninggal dunia. Jadi orang ramai akan lebih bersimpati dengan Presiden.

Kesanggupan Presiden turun juga ke Shah Alam walaupun lewat sepatutnya dihargai. Beribu alasan lain boleh diberi oleh pegawainya untuk tidak terus hadir ke program tersebut kalau semata-mata takut berdepan dengan ahli-ahli PAS sendiri.

Tulang Besi

2 Komen :

Anonymous ,  February 14, 2010 at 2:31 PM  

aduka terung pengecut
bg la semua komen macam dlu

mintak2 la atas dosa fitnah kau pada hadi awang kau kena masuk penjara setahun

terpaksa le bini puasa kah kah

Anonymous ,  February 14, 2010 at 2:50 PM  

Tindakan persoal kedudukan Setiausaha Agung Pas tidak berasas -Tuan Ibrahim

SHAH ALAM - Segala urusan pentadbiran adalah melalui Setiausaha Agung sebagaimana prosedur yang telah ditetapkan semenjak Pas ditubuhkan pada 1951, kata Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, tindakan Exco Pemuda Pas Pusat, Abdullah Karim mempersoalkan kedudukan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali yang mengelolakan aduan sehingga Jawatankuasa Disiplin dilihat hanya menerima arahan Mustafa tidak berasas.

“Prosedur tersebut sudah wujud daripada dahulu lagi, ia bukan suatu yang pelik dan tidak timbul soal itu,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatan Disiplin berkata, dalam siasatan setiap aduan yang diterima, tidak wujud istilah berat sebelah.

“Setiap aduan yang diterima akan disiasat, namun jika tiada bukti, aduan tersebut ‘dilepaskan’, dan aduan beliau (beliau) juga sebenarnya disiasat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Tuan Ibrahim berkata, adalah lebih baik sekiranya Abdullah menumpukan perhatian untuk memperkasakan parti daripada menghentam Jawatankuasa Disiplin.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim enggan mengulas lanjut ketika diminta mengulas mengenai tindakan Abdullah sanggup bersumpah dengan nama Allah bahawa kenyataan beliau di dalam blognya yang mengatakan aduan Abdullah berhubung penglibatan ahli Pas dalam ‘konspirasi menjatuhkan pakatan pembangkang’ tidak benar.

Ditanya adakah Abdullah juga bakal menerima nasib seperti Khalid Samad dan Datuk Hasan Ali yang disiasat kerana membuat kenyataan terbuka, Tuan Ibrahim berkata: “Kita tidak boleh sewenangnya mengambil tindakan ke atas mana-mana individu melainkan ada aduan oleh Jawatankuasa Pusat melalui Setiausaha Agung diterima oleh Jawatankuasa Disiplin.”

Terdahulu, portal berita melaporkan Abdullah yang sebelum ini mengecam Tuan Ibrahim dalam isu jawatankuasa disiplin kini bersumpah dengan nama Allah bagi mempertahankan hujahnya.

Abdullah yang juga Ketua Pemuda Pas Pahang mempersoalkan kedudukan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali yang mengelolakan aduan kepada jawatankuasa disiplin kerana ia dilihat memberikan kuasa yang cukup besar kepadanya seolah-olah jawatankuasa itu hanya menerima arahan dari Setiausaha Agung.

Abdullah dalam aduan sebelum ini mendakwa jawatankuasa disiplin Pas berat sebelah apabila memejamkan mata terhadap aduan tertentu, termasuk yang dilaporkannya kepada pejabat agungnya.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas