Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan mengecam tindakan tidak beradab Pergerakan Pemuda Umno apabila mengoyak surat cabaran debat mengenai isu penindasan orang Melayu di Pulau Pinang yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.
"Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?" soal beliau ketika dihubungi tadi.
Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat.
"Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.
"Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau 'figure' sekiranya mereka benar," ujarnya.
Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.
Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
"Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno.
"Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi.
23 February 2010
Pemuda Umno Pulau Pinang Memang Bacul Dan Tak Ada Maruah
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
pemuda umno
,
pulau pinang
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Saya sungguh hairan dengan komen komen Nasrudin Hasan ni,pasal koyak surat pun nak di jadikan isu semasa .Selaku KDPPP sepatutnya bijak menangani masaalah atau isu yang timbul , sepatutnya Nasrudin Hasan pujuk ketua Menteri PP LGE sahut cabaran Debat Pemuda UMNOBN ,perihal isu semasa Pulau Pinang . So semasa debat nanti ,pakat ramai ramailah (Ketua Pemuda Pakatan Rakyat)hadir sebagai ahli Panel Debat .Dan semasa debat nanti boleh lah ketua Pemuda Pakatan Rakyat memberi nota kepada LGE untuk menimbulkan isu atau patahkan hujah hujah Pemuda UMNO .
Post a Comment