Kecaman Datuk S. Nallakaruppan terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan Barisan Nasional ketandusan isu politik hingga tergamak menyerang peribadi lawan.
Serangan peribadi yang digembar-gemburkan Utusan Malaysia, sebuah media kawalan Umno-BN tidak lebih dari usaha menjatuhkan maruah sesama manusia, khususnya insan tabah seperti Azizah.
Exco Selangor, Dr. Xavier Jayakumar melabel Nalla sebagai alat permainan Umno-BN bagi menjatuhkan maruah keluarga Anwar dan Pakatan Rakyat dengan melontarkan kenyataan tidak berasas.
“Nallakarupan salah seorang dalam permaian ini tujuan mereka ialah untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar, Pakatan Rakyat dan PKR dengan cara melontarkan maklumat seperti itu walaupun tidak ada asasnya,”katanya.
Xavier menganggap tindakan Nalla bukanlah watak sebenar wira rakyat kerana gagal membangkitkan isu rakyat sebaliknya hanya lantang menyerang keperibadian orang.
“Saya hendak orang-orang ini yang katakan dia wira rakyat bawa isulah. Kenapa Nallakarupan tidak bawa isu, ada banyak isu untuk disuarakan kita boleh debat dengan isu penting bukan isu remeh temeh seperti ini. Ini bukan isu politik, kita perjuangkan isu rakyat, mahu bawa perubahan dalam negeri, saya cabar dia untuk berdebat tentang isu ini bukannya yang remeh temeh, kalau dia tidak tahu diamlah,”katanya.
Nalla mendakwa ketabahan Azizah berkaitan kes perbicaraan konspirasi kedua sebagai sandiwara presiden PKR itu bagi menjaga reputasi suami sebagai Ketua Pembangkang.
Memetik laporan Utusan, Nalla mahu mencadangkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk menganugerahkan Azizah ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010’.
Sementara itu Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago pula menyifatkan kenyataan Nalla itu adalah startegi Umno-BN untuk melakukan pemusnahan karektor Anwar sebagai pemimpin berkaliber dengan menghina keluarga beliau.
“Ini merupakan beberapa strategi untuk memperkecil, memperbodohkan dan juga untuk memalukan Datuk Seri Anwar dan keluarga. Jadi, bila ia menjadi tajuk utama di muka depan Utusan ia memperkukuhkan lagi pendapat kami bahawa ini adalah satu strategi Barisan Nasional dan Umno untuk memalukan, menghina Datuk Seri Anwar khususnya di kalangan orang-orang Melayu,”katanya.
Xavier turut membidas tindakan Utusan yang tidak lagi mengamal etika kewartawanan sebaliknya menjadi perkakas Umno-BN untuk menjatuhkan pejuang rakyat.
“Mereka gunakan surat khabar sebagai satu media untuk menghentam tidak kira sama ada ia betul dari segi moral ataupun mengikut etika kewartawanan. Betul atau tidak betul, sekarang tidak dikira, sekarang ada arahan dari atasan untuk bawa isu remeh temeh yang tiada kaitan dengan politik negara untuk jatuhkan maruah dan nama orang-orang berkenaan, itu tujuan mereka. Memang tidak ada standard langsung kalau kita ikut akhbar yang ada sekarang,”katanya.
Lubang benam ‘telan’ jemaah solat Jumaat
22 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment