Dakwaan Ahli Parlimen Kulim YB Zulkifli Nordin adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan dilihat sebagai satu penipuan dan melampau,apabila beliau menyatakan kepada media arus perdana wujudya konspirasi dalam PKR untuk menjatuhkan dan menyingkirkan beliau.
Kesamaan tarikh lembaga disiplin PKR bersidang dengan tarikh YB Zul mengikuti persidangan kepimpinan antara bangsa di Korea adalah suatu kebetulan,kata setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution.
Menurut Saifuddin lagi,parti tidak pernah pun mengarahkan zulkifli untuk mehadiri persidangan tersebut,hanya beliau sendiri yang menerima jemputan itu."Zulkifli perlu perbetulkan dakwaan dan sangkaan buruk terhadap PKR,dan belajar bersangka baik dan bukannya mencari jalan untuk bersangka buruk dan menjatuhkan maruah parti.
Isu ini tidak akan timbul,sekiranya Zulkifli memaklumkan terlebih dahulu kepada lembaga disiplin parti bahawa beliau berada di korea pada tarikh tersebut.YB Saifuddin juga kesal diatas sidang media yang dilakukan oleh YB Zulkifli yang menyerang dan memburukkan imej parti dimana perkara begini memang ditunggu dan dinanti oleh puak-puak Umno untuk merealisasikan lagi berita sebegini.
"Jangan sangka buruk,dan bukan kerja parti untuk sabotaj orang lain,parti ada kerja yang lebih penting perlu dilakukan dan diselesaikan,"Kata Saifuddin lagi.
17 February 2010
Kenyataan Zulkifli Nordin Sudah Melampau - Saifuddin
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment