Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyelar tindakan beberapa anggota parlimen Australia untuk campur tangan dalam kes liwat melibatkan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, beliau mahu perkara itu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar.
"Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara barat, negara bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan himpunan pemuda Islam Kuala Terengganu di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
Baru-baru ini, 50 penggubal undang-undang Australia itu telah meminta Malaysia menggugurkan pertuduhan yang melibatkan Anwar itu. Tindakan mereka ini dikecam hebat oleh pelbagai pihak di negara ini kerana dilihat cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia.
Abdul Hadi bagaimanapun berkata PAS tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang bantahan berhubung campur tangan anggota Parlimen Australia itu.
Beliau mencadangkan agar badan kehakiman negara ini diletakkan di bawah parlimen atau Majlis Raja-raja bagi mengelak badan itu dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan.
Mengenai cadangan PAS untuk menjalin kerjasama dengan Umno dalam isu-isu keselamatan, ekonomi, agama dan politik, Abdul Hadi berkata PAS sentiasa terbuka untuk mengadakan sebarang bentuk muzakarah dengan Umno.
"Kita bersikap positif sepanjang masa dalam perkara yang positif, yang baik dan kita akan bekerjasama," katanya.
Bagaimanapun, menurut Abdul Hadi, kerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan seperti yang pernah dicadangkan dahulu tidak akan berlaku.
- Bernama
19 February 2010
Liwat 2 - Hadi Awang Bersuara Senada Dengan Pimpinan Umno
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
4 Komen :
Bukan suara senada, tetapi jika diteliti ini adalah jawapan yang bernas dan bijaksana bagi seorang negarawan yang berpandangan jauh ke hadapan.
gininglah senang, ayoh chik kata lain puok puok utusang gi tulih lagu lain. kalu orang bodo dok tahu kala dia pahang mende hok keluar dari mulut. kena gi ke akar umbi bakpa mp australia buka mulut. makna nya ada benda hok dok betul. kalu betul mp tu dok ccakap banyok. kita pulok jadi malu. tak dok sapa setuju campurtangang asing, doh base kehakimang dok adil sebak tu jadi gitu.
senag crite, msuk dlm web yg aku link kat bwh..tgok transkrip Penuh Soal Jawab dgn TGHH..xpyah potong2..bru korg paham..
http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1555:bersihkan-badan-kehakiman-negara&catid=36:berita-nasional&Itemid=84
Saya sudah mengikuti temubual tersebut. Jelas maksudnya beliau tidak suka Australia masuk campur. Australia hanya menyaran agar kes DSAI dibicakan dengan adil atau lagi baik digugurkan. Ini konspirasi politik. Ramai rakyat Malaysia pun berpendapat begitu. Jadi apakah yang janggalnya sokongan moral dari sebuah negara luar. TGHA mungkin sudah terpancing dengan soalan2 pemberita. TGHA patut lebih bijaksana menyusun ayat. Nanti kawan rakan akan terasa hati. Presiden PAS ini dah banyak kali buat kesilapan bagini.
Post a Comment