Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membidas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan wakil rakyat yang keluar atau melompat parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara.
Beliau berkata, Nik Aziz sepatutnya melihat kembali sejarah politik partinya sendiri yang pernah menyertai Barisan Nasional (BN) tanpa seorangpun daripada wakil mereka meletakkan jawatan.
"Saya menghormati Datuk Nik Aziz, tapi semasa PAS menyertai BN, tak ada seorangpun daripada PAS yang keluar daripada PAS.
"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) elok tengok sejarah beliau semula, Tok Guru tak letak jawatanpun... itupun pengkhianatan juga," katanya di sini hari ini.
Media hari ini melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat harus menjadi orang yang bertanggungjawab dengan menyedari bahawa undi yang diberikan itu adalah amanah.
Katanya, kalau wakil rakyat itu tidak mahu tanggungjawab yang diberi oleh rakyat, elok saja mereka letak jawatan, biar diadakan pilihan raya kecil.
Terkini Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Mohamed Zahrain bertindak keluar daripada PKR kerana kecewa dengan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang serta hilang keyakinan terhadap gabungan pakatan pembangkang.
Mengulas lanjut Zulkifli berkata, pada ketika ini seseorang wakil rakyat itu perlu mempunyai prinsip politik yang kuat tanpa mengikut telunjuk perjuangan parti politik dengan membabi buta.
"Sekarang ini zaman politik yang lebih terbuka, kita sepatutnya mengambil pendirian berdasarkan prinsip kita sendiri serta tidak mengikut parti dengan membabi buta.
"Kenyataan (Nik Abdul Aziz) ini tak wajar, sepaptutnya melihat dulu sejarah beliau sendiri dan melihat kepada politik sekarang yang tidak terlalu mengikut parti," katanya. - Rakyat Marhaen
16 February 2010
Celaka Ini Semakin Kurang Ajar
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
13 Komen :
usah layan bapak munafik ni...memang zul sudah umno bro...tunggu la skit lagi terbongkar sudah memang dia umno...cuma bukti sahaja belum terbongkar...lu nak tahu dia umno atau tidak lu boleh tanya calon lawan bandar kulim baru...kenapa depa tu tarik balik kes memfailkan mahkamah menafikan zul sebagai mp kulim
itu lahanat lupa yg dia menang tempohari atas undi kafir yg dia benci sangat tu,munafik yg tak sedar diri.lebih baik dia keluar dari PKR sebelum mereka pecat dia.dia ni bukan saja bangang malah tak pijak dibumi nyata .
YB ni tak retikah.
Pas menyertai BN bukannya lompat parti tapi bergabung. YB lompat parti lompat berkatak.
masa adun umno lompat parti korang kata keadilan. tapi bile adun pr lompat parti korang kata pengkianat plak. korang sape. mana keadilan. bodoh punya org.
moon.
kalau PKR bela lagi mamat sekor nih...aku tak akan undi pkr!
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Siapa kita untuk menyalahkan kenyataan YB Zul .Pengundi pengundi Kulim -Bandar Baharu yang mengundi YB Zul tak bising pun YB mereka .Tiada seorang pun pengundi KULIM - Bandar Baharu yang menetang YB Zul dan tiada seorang pengundi memohon untuk mendapat permit POlis untuk buat demo besar besaran kat rumah YB Zul menandakan ada bantahan dari pengundi Kulim - Bandar Baharu.100 % Saya pasti pengundi pengundi Kulim - Bandar Baharu akan sentiasa berada malah menyokong YB (kesayangan) kepercayaan mereka . So orang luar jangan nak sibuk .
hj jamaluddin mmg seorang umno dan skg memang berpura2 sokong zulkulim
tapi kalau zulkulim bertanding semula, umno tetap jugak lawan dia.
so umno lebih munafik. yg terkangkang tetap katak bernama zulkulim
yg zul cakap tok guru lompat parti aku tak setuju....
bukan lompat parti, tetapi pas bergabung dengan umno...parti tetap pas!!!
zul n hj jamaludin...
korang balek belek jubo kuda lagi baguih. Hj jamaludin nih dulu pkr jadik pencacai radzi (al-kataki) lunas. Hang toksah dok bela zul sangat la din...kami orang kulim/bb dah meluat tak sanggah kat hangpa berdua. Dulu hang dah dapat hun pasai radzi posmen tu. La nih hang dok pulun zul pulak. Elok la...dua-dua lapaq duet...
Aku pun memang tak paham perangai si mamat zul seko ni. Harap kopiah atas kepala bercakap ikut sedap dia saja nampak sangat macam orang bengong, woi lebih baik hang tok sah jadi MP la hang jadi kepala NGO memang sesuai dengan jiwa gila babi hang tu... pegi jahanam dengan kau zul.
Anda semua siapa yang sibol menentukan dia tu munafik? Jangan berlagak pandai lah... jangan jadi ayam jantan yang kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang najis.
Sebagai pemimpin beliau mempunyai prinsip perjuangan yang tersendiri, dimana tidak terdapat pada pemimpin PR yang lain.
Buatlah sedikit kajian tentang beliau , kemudian barulah buat keputusan...
bro 4JJ luZ..
kahkahkah.. mangkuk tandas tu ada ke prinsip?? Tak payah nak kaji mangkuk tu.. dah lama dah orang tengok dan kaji.. memang spesis gila publisiti..
apa kemajuan yang dibawa ke kulim?? apa kemajuan yang dibawa kepada org Islam selain dari memalukan dan menjatuhkan imej Islam dimata penganut agama lain?
tarak guna seduit mangkuk ni...
HjJamaludin...hang memang bengong sama spesis dengan malaun zul nordin..apa hang ingat orang kulim bb tak meluat ke kat zul nordin barua sekoq ni..dia kalau turun ke kulim bb orang nak baling taik dan teloq kemurok kat malaun ni. Orang kulim bb dah tak tahan dengan mangkuk sekoq ni....ada fahammmm?????
Post a Comment