Para pemimpin utama negara ini terutama yang terdiri dari bangsa Melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada negeri kita Pulau Pinang, salah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu asalnya dan kini dalam Persekutuan Malaysia.
Mari kita segera melupakan kegilaan para pemimpin DAP, Keadilan dan PAS, kerana mereka kini sedang membuat lakonan untuk menarik perhatian Kerajaan Barisan Nasional terutamanya para pemimpin UMNO untuk mengaburi mata semua orang ; sedangkan pada masa yang sama mereka kini bertungkus lumus untuk menghapuskan kuasa Melayu di negeri Pulau Pinang buat selama-lamanya.
DAP Pulau Pinang kini memulakan usaha ‘rezoning’ atau mengezon semula atau membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang. Rancangan di sebalik itu ialah menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi secil-kecil dan tidak ada suara majoriti di semua tempat.
Untuk ini orang Melayu akan dipindahkan dalam bentuk kumpulan –kumpulan kecil dan diletakkan ketengah-tengah kawasan pengundi Cina .Manakala para pengundi Cina pula dalam bentuk kumpulan yang besar dipindahkan kekawasan penduduk Orang Melayu untuk menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan penduduk Melayu.
Cara ini bila pilihanraya nanti semua calon DAP dan pakatan mereka akan menang mudah.
Cara inilah yang telah dibuat oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebaik saja dia keluarkan dirinya dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 lalu.
Semasa saya mula keluar dari Universiti Malaya dan melapur diri bertugas dengan Kumpulan Akhbar Utusan Melayu pada awal tahun 1981, saya dihantar ke Biro Selatan Utusan di Johor Bharu, dengan tugas khusus masuk ke Singapura setiap hari membuat sebarang laporan berita di sana.
Kebetulan masa itu Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura sedang melakukan kerja-kerja ‘Rezoning’ penduduk Melayu ditahap kemuncak sekali iaitu memecahkan kawasan-kawasan penduduk Melayu di Gaylang Serai , Kaki Bukit, Tanjung Katong , Kalang, Kampung Ubi , Kampung Kandang Kerbau, Bedok, Arab Street dan lain-lain.
Rancangan Lee Kuan Yew ini amat berjaya, kerana selepas itu tidak seorang pun orang Melayu yang boleh bertanding mewakili penduduk Melayu, kerana mereka sudah dipisahkan dalam kelompok yang amat kecil ketempat-tempat berjauhan.
Dalam isu ini semua orang Melayu di Singapura membantah dan saya membuat laporan dan disiarkan secara meluas setiap hari segala bantahan itu ke dalam akhbar Kumpulan Utusan Melayu, tentang bantahan ketua-ketua Masyarakat Melayu, termasuk ketua –ketua persatuan penduduk, pertubuhan-pertubuhan belia, pelajar, Pertubuhan Kebajikan di setiap kampong dan persatuan-persatuan khairat kematian di setiap masjid di Singapura.
Kerja dan tugas saya yang diarahkan dari Kuala Lumpur menjadi mudah dengan pertolongan dan kerjasama dari rakan-rakan saya para wartawan di Singapura sendiri terutamanya wartawan dari Kumpulan Straits Times Singapore yang membawa jalan untuk menemui pihak-pihak berkenaan di Republik itu.
Bagaimanapun saya terkejut besar, bila satu pagi, sebaik saja saya tiba di tempat wartawan Singapura selalu minum-minum , seorang wartawan Berita Harian Singapura Noryati Duriat berkata kepada saya:
“Zid, Che gu talifon saya malam tadi katanya, Noryatri, tolong tanyakan pada Yazid, dia suka tak Orang Melayu jadi Menteri di Singapura ini, kalau dia suka, tolong jangan datang jumpa saya dan tolong jangan menalifon saya lagi..kalau tidak saya akan diberhentikan dari jawatan ini..”
Che Gu yang yang dimaksudkan oleh Noryati itu ialah Menteri Hal Ehwal Masyarakat Singapura, Dr.Ahmad Mattar, di mana sebelum menjadi wakil rakyat dan menteri, beliau adalah seorang guru. wartawan Singapura bahasakannya Che Gu bila bercakap mengenainya atau bila bercakap dengannya.
Ertinya Lee Kuan Yew sudah pasang pengintip atau spy mengenai apa yang saya lakukan di Singapura beliau tidak suka , dan menteri kanan Singapura Dr. Ahmad Matar telah diberi amaran oleh Lee Kuan Yew agar tidak menemui atau bercakap melalui talifon kerana takut terlepas kepada saya sebarang maklumat tentang rancangannya untuk menghilangkan kuasa politik orang-orang Melayu di Singapura.
Seorang kenalan saya (bukan Melayu) dalam pentadbiran Lee Kuan Yew member isyarat jelas bahawa setiap kali saya melepasi Woodlands (sempadan utama selepas masuk ke Singapura melalui pintu Tambak Johor) ada sebuah kereta sentiasa mengekori ke mana saja saya berada .
Pada akhirnya, yang menjelaskan betapa saya tidak digalakkan masuk ke Singapura ialah, bila saya dikenakan peperiksaan 100% oleh anggota Polis Singapura satu hari sebaik saja saya tiba di laluan Imigresen Singapura di Woodlands itu, tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Alhamdulillah ,berikutan kepayahan itu saya diarahkan oleh Ibu Pejabat di Kuala Lumpur untuk bertukar Ke Pulau Pinang. Selepas itu segala kerja-kerja Lee Kuan Yew tidak kedengaran lagi dibantah oleh Orang-orang Melayu di Singapura.
Kembali ke Pulau Pinang, rancangan Lim Guan Eng adalah 100% mengikut jejak Lee Kuan Yew. Saya mempunyai bukti , bahawa Lim Guan Eng hampir setiap minggu terbang ke Singapura mengadap Sifu atau guru besarnya bagaimana hendak menghapuskan kuasa politik Melayu di Pulau Pinang.
Lim Guan Eng pernah terkeluar cakap kepada orang-orangnya di Pulau Pinang mengenai apa yang dituturkan oleh Lee Kuan Yew kepadanya semasa mengadap Sifu Agungnya di Singapura itu.Katanya Lee Kuan Yew berkata kepadanya..” You don’t worry I’ll teach you step by step”…ertinya ,jangan bimbang saya akan ajar kamu selangkah demi selangkah (bagaimana hendak menghancurkan pengaruh dan politik kaum Melayu di Pulau Pinang).
Admin - Artikal ini di email oleh sdr Juragas bagas dan Kami ada memohon supaya disertakan bukti seperti apa yg dinyatakan.. so far bukti bolehlah diajukan kepada pemilik blog http://yazidothman.com sebab beliau yg menulis artikal ini... (sumber)
21 February 2010
Adakah Melayu P. Pinang Akan Senasib Melayu Singapura
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
melayu
,
pulau pinang
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
3 Komen :
Bukankah persempadanan semula dilakukan oleh SPR bukan oleh Lim Guan Eng. Sila jawab
Di Singapore, sesuatu tempat tak boleh ada menjadi pusat kelompok kaum. Semua kaum Singapore wajib duduk sebumbung macam kuota HDB. Malah Little India pun dikenakan kuota kaum. Semua tempat tinggal di Singapore wajib ada Cina, Melayu, India dan Asing.
Dah nama pun wartawan Utusan Meloya. Sebab itu aku tak baca Utusan Meloya sejak 1999 lagi.
Kenapa tak cerita kaum India di Singapore wahai wartawan Utusan Meloya.
suruh wartawan utusan melayu tu datang kat kg aku,dulu kariah kg duyong cuma ada 1 aje masjid,sekarang dah 2 masjid,satu masjid kg duyong[asal] sekarang dah tambah lagi satu masjid,masjid kg permatang duyong,sekolah pun dulu satu sekarang dah ada 2 sekolah rendah,sek keb duyong dan sek keb seri duyong,ok le tu tapi dulu masa p[ilihanraya thn 1986,pengundi cina di pusat mengundi sek keb duyong cuma 36 org saje tapi sekarang ni dah lebih hampir 1,000 org,nak kata apa tu,keje sape tu ...LEEKUAN YU ke atau LIMGUANENG ke.....woi wartawan utusan yg banggang tu,dtg le kat kg duyong melaka sekarang ni,kau tengok le dgn mata kepala kau sendiri....berapa banyak kedai2 cina,perniagaan cina,rumah2 batu kepunyaan cina,klu dulu kg duyong termasuk dlm dun air molek tapi sekarang kg duyong dah di letakkan dlm dun duyong yg berada dlm parlimen kota melaka yg selalu di menangi oleh DAP,dun duyong pula di wakili oleh wakil MCA yg dulu adun nya datok gan boon leong kini di wakili pula oleh anak nya gan tian loo....kau faham tak aduhai wartawan utusan yg bodoh murakap,ok le aku nak kau datang kat kg aku ni,kau tengok dan kau fikir le sendiri,,,,,,,,,
Post a Comment