BlogList Malaysia

25 January 2010

Zulkifli Noordin Perlu Disingkirkan

1. Telah saya katakan, Zul Kulim mesti berundur dari Pakatan Rakyat. Manusia berlagak alim tidak perlu dalam PR memandangkan dia tidak menghormati ketuanya sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Zul Kulim telah dua kali mengguris hati PAS. Sebelum ini isu baiah PAS dan kini isu penggunaan nama Allah. Siapa Zul Kulim ini dibandingkan dengan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan ulama-ulama besar yang lain?

3. Memandai pula dia memberi ugutan kepada YB Khalid untuk menarik kata-katanya, sedangkan Sultan Selangor pun tidak berbuat demikian. Siapa Zul Kulim untuk memberi amaran seperti itu?

4. Belum pernah dalam sejarah Pakatan Rakyat atau BN, ada ahli Parlimen membuat laporan polis sesama rakan sejawatan. Ini kerja orang gila, siapa Zul Kulim ini yang tergamak berbuat demikian?

5. Perangai Zul Kulim lebih teruk berbanding dari perangai ahli-ahli parti lain samada dari PR mahupun dari BN. Dari BN sekalipun jika berlaku perkara yang tidak sependapat, tidak tergamak untuk mereka membuat laporan polis dan cukuplah bertengkar sedikit di Parlimen.

Nyah kau!


6.Jika Anwar masih mahu menyimpan Zul, adalah lebih baik PAS dan DAP menjalinkan ikatan sesama mereka sahaja. Ini kerana PAS dan DAP tanpa Keadilan di Perak masih juga mampu memenangi pilihanraya di Perak nanti.

7. Sikap Zul Kulim yang terus berdegil walaupun telah bertemu dengan Azmin Ali dan Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan perwatakkan sebenarnya. Saya yakin bukan sahaja PAS dan DAP, UMNO sendiri tidak akan menerima Zul Kulim jika dia ingin menyertai parti tersebut. Mungkin PBS akan pertimbangkan, itu pun rasanya mereka akan menolak orang seperti Zul Kulim ini. Musuh dalam selimut.

8. Siapa Zul Kulim menyuruh YB Khalid keluar dari PAS. Siuman atau tidak dia berbuat demikian sedang Presiden PAS sendiri tidak pernah menyuruh YB Khalid berbuat demikian? Ini bukan kerja orang waras!

9.Waras atau tidak Zul Kulim yang merupakan YB Parlimen Kedah dan juga merupakan ahli PKR tiba-tiba ingin menyibuk tentang negeri Selangor dan ahli PAS ???... Barangkali sudah hilang kewarasan.

10. Zul Kulim jika dia waras, dia sendiri akan keluar dari PKR. Ini kerana dia sudah tidak tahu menghormati ketua, prinsip sefahaman PR, tidak sealiran lagi dengan ideologi parti dan tidak boleh duduk dalam kumpulan. Sepatutnya Zul Kulim yang keluar parti dan menubuh partinya sendiri. Mari kita tengok berapa kerat yang ingin menyertai Zul.

11. Demi menjaga perpaduan Pakatan Rakyat dan juga rakyat yang menyokong PR, singkirkan Zul Kulim. Kata Zul Kulim, dia tidak kisah jika PKR berbuat demikian. Jadi biarlah Zul Kulim tubuhkan parti sendiri atau menjadi penulis blog sepenuh masa.

12. Kepada penyokong PR, kita jangan terkejut jika suatu hari nanti Zul Kulim akan bertindak seperti Ezam Mohd Nor. - atsixty-zakriali

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas