Saya mengikuti banyak pandangan dalam blog-blog pro-PR yang kebanyakannya menghentam Zulkifli Nordin. Kebanyakan yang menghentam ini memberi syor yang sama: pecat mamat yang tak habis-habis menyalak tu!
Pecat Zulkifli? Adakah dengan memecat Zul dia akan menghentikan salakannya? Saya rasa tidak! Malah salakannya akan bertambah nyaring. Salakannya bertambah nyaring kerana dia merasa isu-isu yang dibawanya diberi perhatian oleh pihak media dan blogger. Tak kiralah sama ada menyokong atau mengkritiknya, tapi dia merasa suaranya diberi perhatian. Ini membuat dia rasa menjadi orang penting. Dan orang penting tidak akan berhenti menyalak hingga dia nampak suaranya tidak diberi perhatian ramai lagi.
Zul akan berhenti menyalak apabila salakannya tidak lagi disahut oleh media dan blogger. Mungkin Utusan Malaysia dan Berita Harian akan terus menulis mengenai Zul, tapi jika blogger tidak menulis lagi mengenai apa yang dilakukannya, ia akan mematahkan sedikit semangat Zul untuk terus membangkitkan isu-isu remeh dan merapu. Zul pasti akan berhenti bercakap jika dia menyedari dirinya hanya seperti kisah si-Luncai dengan labu-labunya:
Zul terjun dengan isu-isunya
biarkan-biarkan!!
Memang gila bercakap Zul telah sampai ke tahap kronik. Semua orang - Khalid Samad, pemimpin Pas, Anwar Ibrahim, pemimpin PKR, semuanya dia nampak salah. Dan semalam dia menuduh Pakatan Rakyat sebagai sebuah pakatan revolusi yang ingin meminda perlembagaan negara secara kekerasan. Itu kenyataannya yang paling melampau. Dia seperti sudah semakin hilang kawalan ketika bertindak, seperti paranoid!
Bagi menghadapi kekalutan yang dicetuskan Zul, mungkin kita boleh membuat dua pendekatan. Pertama, biarkan saja dia bercakap dan jangan ulas apa-apa tentangnya lagi. Kedua, bagi mereka yang rapat dengan Zul, bantulah dia untuk mendapatkan rawatan di klinik psikitrik. Orang ini seperti ada masalah jiwa yang cuma boleh diatasi oleh pakar sakit jiwa.
http://pendikargunung.blogspot.com/
28 January 2010
Zul Noordin Perlu Dibawa Berjumpa Pakar Psikitrik
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
pendikar gunung keriang
,
zul kulim
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment