BlogList Malaysia

14 January 2010

Tetiba Sahaja Mamat Tempe Ni Muncul..

DENGAN SECARA TETIBA SAJA KHIR TOYO MUNCUL DENGAN KENYATAAN YANG MENAKUTKAN BN/UMNO

Segala yang menakutkan BN/UMNO adalah datangnya daripada perbuatan BN/UMNO sendiri yang bergitu sensitif dengan perkataan ALLAH yang menyebabkan BN/UMNO menjadi menderita sekarang, kenyataan Khir Toyo terkini menyatakan bahawa pehak gereja katolik akan membantu PR memenangi pilihanraya PRU yang ke 13 rasanya tidak berasas kerana yang memulakan insiden keputusan Mahkamah berhubung dengan kalimah ALLAH adalah datang daripada BN/UMNO sendiri sebab itu yang harus di persalahkan adalah BN/UMNO yang begitu rakus membantah

UMNO semenanjung mungkin tidak sedar bahawa Sabah dan Sarawak yang menyebabkan mereka masih kekal memerintah sekarang tanpa dua negeri ini BN/UMNO sudah lama bungkus, UMNO Sabah nampaknya cukup berhati-hati tentang isu kalimah Allah ini menyebabkan mereka tidak begitu rakus seperti UMNO semenanjung kerana mereka memahami akibat dari isu ini, nah sekarang nasi sudah menjadi bubur kata Khir Toyo, persoalannya mengapa baru sekarang Khir Toyo bimbangkan hal ini sepatutnya sebelum UMNO nak menunjukkan perasaan mereka yang terbaiknya rujuklah dulu kepada ulama mereka supaya nasi tidak menjadi bubur


Rentetan dari peristiwa ini maka dengan jelas BN/UMNO lah yang harus di persalahkan, UMNO di katakan sebuah parti yang cukup kebal kerana mereka banyak wang untuk memancing undi, kerana itu parti-parti yang lain nampaknya terlalu sukar untuk menumbangkan mereka akan tetapi dengan adanya isu ini maka wang nampaknya sudah tidak menjadi alat untuk mereka mempertahankan pemerintahannya, namun mengikut pandangan saya insiden kalimah Allah ini akan menyedarkan mereka bahawa wang bukanlah segala-galanya bagi menentukan kemenangan dan kekuasaan

Sakitnya BN/UMNO sekarang bukan sebarang tanggung kerana BN/UMNO akan kehilangan penyokong hampir 25% di seluruh negara menyebabkan mereka tidak boleh tidur lena sekarang, bagi pehak gereja pula hati mereka telah hancur dengan gelagat yang telah di tunjukkan oleh penunjuk perasaan dari kalangan BN/UMNO di samping peristiwa kebakaran gereja mereka oleh orang yang tidak bertanggunjawab malah bukannya senang nak tangkap orang yang membakar gereja serta menghukum mereka sebagai mengurangkan sedikit tekanan dan perasaan pehak gereja dan penganutnya, lagi sekali nasi sudah menjadi bubur - singamaraja


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas