Nazri: Tiada Halangan Guna Kalimah 'Allah' Di Timur Malaysia
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan kepada akhbar tempatan di Sabah bahawa kalimah 'Allah" penganut agama Kristian di negeri itu dan Sarawak boleh menggunakan kalimah 'Allah'.
Katanya, kerajaan faham bahawa telah menjadi tradisi pribumi di dua negeri itu menggunakan menggunakan kalimah 'Allah' dalam upaca sembahyang dan keagamaan mereka.Malahan orang Islam di sana juga sudah biasa dengan keadaan ini.
Beliau berkata demikian dalam satu temubual di Kuala Lumpur oleh Borneo Post.
"Kristian di Sarawak dan Sabah tidak perlu bimbang terhadap isu ini kerana ianya tradisi biasa di sana. Saya pernah pergi ke Gereja masyarakat iban dan mendengar perkataan 'Allah' digunakan di sana.
Bagaimanapun katanya, kalimah 'Allah' tidak dibenarkan untuk digunakan di semenanjung Malaysia dan penganut agama Kristian di dua negeri itu perlu menghormati peraturan bila mereka berada di semenanjung.- (sumber)
PN bergolak lagi?
14 minutes ago
2 Komen :
Persekutuan Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak....kenapa di Sabah dan Sarawak boleh tetapi Semenanjung tak boleh....
Bangang macam lembu....
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Nama mu ku puja dan ku sanjung siang dan malam malah ku bukti dengan berdemo di merata tempat Persekutuan Malaysia ,Sabah dan Sarawak ku tak payah berdemo tapi sorry ok hukum mu ku ubah sikit je . So kira ok lah tu.Jangan Marah nanti ku jual kamu . Nauzubillahi
Post a Comment