Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menjemput pelajar-pelajar di New Delhi School, sebuah sekolah untuk pelajar-pelajar cemerlang di sini menyertai program Permata Pintar yang dicetuskan oleh beliau di Malaysia.
Dalam lawatannya ke Delhi Public School di sini, beliau berucap kepada 300 pelajar dan guru sekolah itu juga memaklumkan akan memanjangkan jemputan yang sama kepada pelajar-pelajar di negara lain.
Menjawab soalan seorang pelajar mengenai program itu, Rosmah berkata, Permata lahir atas sifat keibuannya yang mahu melihat generasi hari ini tidak dipersia-siakan.
Beliau yang berkongsi pengalaman mengenai perkembangan Permata Negara dan Permata Pintar memberitahu, program Permata telah diperkembangkan dengan kewujudan Permata Seni Muzik dan Permata Seni Koir.
Turut sama dalam lawatan itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
New Delhi School menempatkan pelajar cemerlang dalam lingkungan umur 3 hingga 17 tahun.
Rosmah juga menegaskan, adalah penting generasi muda di dunia ini berinteraksi dan memahami antara satu sama lain yang berbeza budaya, fahaman dan cara hidup.
''Semangat saling hormat menghormati dan bekerjasama perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak tanpa mengenal batas sempadan, budaya, agama dan cara hidup bagi memastikan dunia akan terus aman dan terpelihara," katanya.
Beliau juga menekankan perlunya diadakan interaksi dan dialog untuk golongan kanak-kanak dari seluruh dunia agar mereka dapat membincangkan langkah-langkah bagi memastikan kesempurnaan hidup mereka pada masa akan datang.
Rosmah turut mencadangkan supaya diadakan pertandingan koir kanak-kanak peringkat antarabangsa. - UTUSAN
63 tuduhan salah laku seksual, calon SPM mengaku tak salah
42 minutes ago
1 Komen :
Woi.. Dah habis kah budak2 kat malaysia ni sampai kena import bebudak dari India pulak??
Ada akai ka tidak ni??
Post a Comment