BlogList Malaysia

06 January 2010

Isu Kalimah Allah: Beberapa Pengarajan Yang Saya Pelajari

Ada beberapa perkara yang saya pelajari dari peristiwa ini:

1.0 Perbezaan pendapat dalam isu ini masih terpecah mengikut Fraksi UMNO dan Fraksi PAS. Rata-rata pemimpin PAS Pro UMNO lebih suka mengambil sikap yang selari dengan sikap UMNO dalam isu ini. Di sinilah kita dapat pelajari punca perpecahan di kalangan pimpinan PAS. Kelompok yang Pro UMNO mahu mengimplementasi Islam dalam semangat NASIONALISMA MELAYU persis UMNO. Kelompok yang BENCI UMNO pula mahu Islam diamalkan mengikut Al Quran dan Sunnah serta contoh-contoh para Sahabat Nabi SAW. Ertinya perbezaan ini adalah bersifat AKIDAH dan bukan perbezaan politik semata-mata. Di sini semua ahli2 PAS wajib ambil perhatian.

2.0 Hakikatnya, penganut-penganut Kristian di Semenanjung Malaysia mengadakan upacara sembahyang mereka dalam bahasa Inggeris. Dan Bible dalam bahasa Inggeris tidak menyebut perkataan Allah (kecuali satu jenis Bible bernama “Schofield Bible”). Sekiranya semua bible Bahasa Inggeris menyebut nama Allah, nescaya ramai orang Krisitan di Barat akan masuk Islam.

3.0 Penggunaan Kalimah Allah adalah oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak. Ini kerana sejak sebelum mereka masuk Malaysia, mereka telah menggunakan Bible terjemahan Indonesia. Bible Indonesia semuanya menggunakan perkataan Allah. Bukan niat mereka mahu menghina Islam atau umat Islam

4.0 Di Sabah dan Sarawak, hubungan kekeluargaan ini erat. Saya pernah lihat dengan mata kepala saya sendiri, seorang Muslimat bertudung menghadiri sebuah upacara perkahwinan di dalam sebuah gereja. Dan kontraktor saya sendiri pada waktu itu, seorang Kristian. Beliau mengambil kerja saudara2 beliau di dalam syarikat beliau. Dan saudara2 beliau itu ada yang Kristian dan ada yang Islam dan saya berjumpa dengan saudara2 beliau itu.

5.0 Di sana, dalam satu keluarga besar, ada yang Islam dan ada yang Kristian. Dan mereka hidup aman damai. Kalau kita silap mengambil pendirian dalam isu ini, maka ada kemungkinan kita akan dipandang sebagai pemecah belah keluarga di kalangan orang2 pribumi Sabah dan Sarawak.

6.0 Yang saya suka adalah, walaupun ada ahli keluarga mereka yang masuk Islam, tetapi rata-ratanya, tidak ada penindasan dan pemulauan berlaku di sana.


7.0 Dan hasil dari hubungan keluarga ini juga menyebabkan ada orang-orang Kristian di Sabah masuk Islam sehingga hari ini. Walaupun orang2 Islam di Sabah ni rata-rata perangai tak jauh beza dengan orang Kristian.

8.0 Perdebatan Tulang Besi dengan AB Al Banjary: Saya sebenarnya berterima kasih dan minta maaf pada AB Al Banjary sekiranya saya terkasar bahasa. Bagi saya perdebatan ini telah membina banyak pengetahuan saya berkenaan dengan “Akidah” tidak kira akidah Islamiyyah mahupun akidah bukan Islam.

9.0 Hakikatnya, kefahaman yang mengatakan bahawa Nabi Isa itu Tuhan dimulakan oleh Kristian Mesir. Ertinya kefahaman yang menjadikan Isa sebagai Tuhan berasal dari Tanah Mesir dan dirasmikan dalam satu “kongress” yang dinamakan sebagai “Council of Nicea”.

9.1 Di kalangan penganut “Ajaran Isa” selepas naiknya Nabi Isa ke langit, telah bercampur baur dan beranak-pinak dari segi fahaman dan kefahaman mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa AS

9.2 Maka, Raja Constantine, seorang penyembah berhala, telah memanggil kesemua “Bishop” ataupun “Ketua2 Gereja” untuk mebahaskan “Ketuhanan Isa”. Namun, mereka yang mengatakan Nabi Isa itu BUKAN TUHAN, tidak dijemput malahan dibunuh dan ditindas oleh Kerajaan Rom

9.3 Mesyuarat pertama mereka diadakan di sebuah bandar bernama “NICEA” yang berhampiran dengan Izmir di Turki. Di kongress tersebut, pengundian telah dibuat dan pendapat dari wakil Mesir telah menang pengundian. Maka lahirlah apa yang kita panggil “The Nicean Creed” (Akidah Nicea)

9.4 Secara mudahnya, AKIDAH NICEA mengatakan bahawa NABI ISA itu ADALAH TUHAN. Maka sesiapa yang menolak KETUHANAN ISA, tidak boleh dianggap sebagai KRISTIAN.
9.5 Waktu ini, fahaman Trinity belum lahir tapi telahpun dikiaskan dengan usul yang telah diluluskan oleh ”Nicean Council” ini.

10.0 Dari pengalaman saya di Mesir sendiri, orang2 Kristian Koptik menggunakan nama Allah dalam semua upacara keagamaan dan kehidupan harian mereka. Malahan mereka menggunakan ungkapan2 seperti Inshaalah, Alhamdulillah, Subhanallah, Assalamualaiku, dsbnya.

11.0 Kalau pergi ke pasar Mesir, nak bagitau orang di pasar yang kita orang Islam, kita mesti BERSELAWAT NABI ( ataupun sebut “Sollu Alan Nabi”) pada mereka. Barulah mereka tahu kita Islam. Kalau tidak sakit hati je dengar puak2 ni tanya kita “Enta Muslim?”. Ini pembeza antara Krisitian dengan Islam yakni BERIMAN KEPAD A NABI MUHAMMAD SAW.

12.0 Dan setahu saya, tiada pengharaman dari Ulama Azhar berkenaan dengan penggunaan kalimah-kalimah ini ke atas Kristian Koptik Mesir walaupun Krisitan Mesir bertanggunjawab terhadap kefahaman “ISA ITU TUHAN”. Kalau ada Ulama Azhar yang mengharamkannya, sila bagitau saya.

13.0 Jadi, saya dengan rendah diri TAK BERANI nak menentang sebab siapa saya dari segi ilmu kalau nak banding dengan ulama2 Azhar. Ada ulama2 Azhar ini yang kasyaf. Misalnya, pelajar Azhar yang mati eksiden dua tahun dulu, sebelum beliau mati, guru beliau telah berkata aka nada seorang anak murid beliau yang akan meninggal dunia.

14.0 Malahan ada ulama-ulama Azhar yang berkahwin dengan perempuan-perempuan Kristian Koptik ini walaupun mereka belum Islam. Rata-rata Kristian Koptik ini dianggap sebagai “Ahlul Kitab” walaupun mereka makan babi.

15.0 Waktu Salahuddin memerangi tentera Salibbiyyah, Kristian Koptik di Mesir telah berperang bersama-sama dengan Salahuddin Ayubi bagi membebaskan tanah Palestine. Saya bertanya dengan kawan saya mengapa orang Kristian Mesir tidak pergi “Haji” mereka lagi. Beliau menjawab selagi Baitul Laham dijajah Yahudi, orang Krisitan Mesir tidak akan sekali-kali menunaikan “Haji” mereka di Baitul Laham.

16.0 Juga, bukan UMNO pernah menangkap ramai pimpinan PAS sewaktu “Operasi Lalang” atas tuduhan menyebarkan maklumat berkenaan Kristianisasi di Sabah satu masa dahulu untuk melindungi rakan BN mereka, PBS?
Posted by Tulang Besi

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas