Majlis Gereja Malaysia menolak cadangan supaya masyarakat Kristian di negara ini menggugurkan tuntutan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar Herald-The Catholic Weekly.
Presidennya, Rev. Dr Thomas Phillips berkata, sukar untuk menghalang penganut Kristian terutamanya di Sabah dan Sarawak yang menggunakan kalimah Allah sejak dulu lagi.
"Penggunakan perkataan Allah oleh orang Kristian bukan sesuatu yang baru.
"Ia telah digunakan oleh orang Kristian di Indonesia mahupun Malaysia, terutama di Sabah dan Sarawak untuk sekian lama... sukar kita halang agar mereka tak gunakannya lagi," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Presiden Majlis Jaksa Pendamai (JP) Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun yang meminta masyarakat Kristian negara ini menggugurkan tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di mahkamah berikutan perkembangan yang semakin membimbangkan hingga mengakibatkan beberapa gereja dibakar.
Clarence, penganut Kristian yang juga Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah berkata, sudah tiba masanya masyarakat Kristian khususnya Katolik membuat penilaian kepada keadaan sekarang demi keselamatan dan ketenteraman awam supaya dengan senang hati menggugurkan perkataan Allah untuk menenangkan masyarakat Islam.
Menurutnya, daripada terus mendesak hak untuk menggunakan perkataan Allah, adalah lebih baik jika Katolik hanya menggunakan perkataan `Tuhan' atau `Tuhan Yang Maha Kuasa' bagi mengelakkan keadaan menjadi huru-hara.
Sehingga kini, sebanyak lapan gereja termasuk yang terbaru di Seremban 2, Negeri Sembilan menjadi sasaran cubaan membakar dan vandalisme dipercayai mempunyai kaitan dengan kontroversi penggunaan kalimah 'Allah' oleh Herald-The Catholic Weekly.
Pos pengawal Sekolah Menengah Convent di Taiping, Perak turut dibaling bom petrol, manakala sebuah surau di Klang, Selangor dibaling batu.
Dalam pada itu Dr Thomas yang juga Pengerusi Majlis Perunding Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao percaya, isu kontroversi penggunaan kalimah Allah ini boleh diselesaikan melalui kaedah rundingan.
"Kita faham isu ini sangat sensitif, perkara ini boleh diselesaikan dengan cara rundingan dengan aman.
"Semua agama perlu hormat-menghormati antara satu sama lain dan jangan bertindak secara melulu dengan semangat Malaysia," katanya.
11 January 2010
Gereja Tetap Mahu Guna Kalimah Allah
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
herald
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment