BlogList Malaysia

21 January 2010

Dua Surau Dibakar.., Polis Tak Syak Dan Tahan Sesiapa Ke?

Dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi ini - sebuah daripadanya rosak teruk.

Menurut polis, surau tersebut terletak kira-kira dua kilometer dari satu sama lain.

Ketika dihubungi, timbalan ketua polis Muar, Lee Choon Guan berkata, kejadian pertama berlaku di Kampung Sabok Awor pada kira-kira jam 3 pagi manakala surau kedua menjadi sasaran kira-kira 46 minit kemudian.

Katanya, surau kedua itu rosak teruk dengan permaidani, pintu dan tingkapnya terbakar.

Menurutnya, di surau pertama, hanya tirainya terbakar dan cermin tingkap pecah.

Imam surau Kampung Sabak Awor, Haji Deris Sehan, 63, memberitahu Malaysiakini bahawa penyerangnya menggunakan minyak diesel untuk membakar tirai itu.

Katanya, seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu, terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, ACP Mohd Nasir Ramli ketika dihubungi Malaysiakini, berkata kebakaran di suraiu pertama itu disedari oleh tiga orang yang sedang menaiki sebuah kereta ketika lalu di situ pada kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Menurutnya, apabila ternampak kebakaran tersebut, mereka berhenti kereta dan bergegas masuk untuk memadamkannya.

Mengenai sama ada ianya satu bentuk serangan ke atas surau tersebut, beliau berkata, pihak polis masih menyiasatnya.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau telah dimaklumkan mengenai insiden oleh ADUN DAP Bentayan, Gwee Tong Hing.

"Kita tidak tahu sama ada insiden itu ada sebarang kaitan dengan kes serangan ke atas beberapa tempat ibadat sebelum ini.

"Tetapi ia pastinya akan meningkatkan lagi keresahan di kalangan rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, DAP mengutuk keras sebarang perbuatan seumpama itu yang menurutnya jelas bertujuan untuk mencetuskan rasa syak wasangska antara masyarat berbilang kaum dan agama di negara ini.

"Kita menggesa pihak polis supaya mempertingkatkan lagi siasatan dan mekanisme pemantauan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab melakukannya, ke muka pengadilan, dan bagi mengelak insiden yang sama daripada berulang, demi memelihara kehidupan harmoni di kalangan rakyat kita," katanya. -mkini

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas