BlogList Malaysia

27 January 2010

Dua Ekor Katak Bodoh Bersedia Untuk Melompat

"Sekarang kini kena berubah?" katanya membuka bicara. Mahu membuka isu hatinya. Saya sebenarnya serba salah nak layan Azan hari itu, kerana nak kejar masa mesyuarat. Kedua saya sudah geligeleman dengan MP Indra Mahkota ini. Saya tidak suka kepada sikap dan perangainya yang tidak menghormati janji.

"Berubah apa?" kata saya.

"Iya kita kena berubah, kena berani...," katanya tanpa melepaskan apa yang terbuka di dalam hatinya.

"Macam mana dengan Pahang, maksudnya PKR Pahang," tanya saya ingin memancing minatnya. Pertanyaan itu memberi ruang kepadanya untuk bercakap mengenai masalah di sekitar dirinya ketika itu.

"Inilah masalah sekarang. Sejak Datuk Fauzi Rahman jadi pengerusi ini macam-macam jadi," katanya. Saya hanya mendengar saja apa yang dibebelkan. Dari itu sudah saya agakkan dia sudah ada masalah dengan Fauzi Rahman.

"Dia nampak macam nak ambil tempat ana saja, kerusi Indra Mahkota..." jelasnya. Bila dia berkata begitu saya sudah faham kenapa 'perubahan' berlaku kepada wajah dan sikapnya. Saya sudah faham apa yang bergelora di dasar hatinya.


Perbualan itu tidak lama. Saya mahu ke mesyuarat dan dia mahu berlalu. Namun dia berjanji untuk bertemu untuk makan tengah hari. "Ok beres, di mana-mana saja, enta call ana," katanya sambil berlalu. Saya meminta dia call Radzi untuk sama-sama makan tengah hari lagi pun kami sudah lama tidak bertemu.

Lepas saya mesyuarat kira-kira jam 2:30 Radzi datang ke pejabat. Saya minta Radzi tunggu jam 3:00 kerana Azan nak joit sekali. Tunggu punya tunggu sampai ke malam Azan tidak menjelma. Sebenarnya baik saya dan Radzi tidak kecewa kerana sudah kenal sangat dengan perangai ahli Parlimen peracut bertuah ini. Berjanji dengan Azan samalah berjanji dengan budak.

Saya tidak mahu menceritakan kepada Radzi mengenai apa yang berladum dalam hati Azan ketika itu. Biarlah Radzi tahu sendiri. Atau mungkin Razdi juga sudah tahu sebelum saya tahu bahawa Azan akan meninggalkan PKR, dan mungkin menyertai Umno. Sebab lama sebelum ini Azan sudah pun menyebut mengenai beberapa keburukan Anwar Ibrahim, dan ia disetuji oleh Radzi.

Jadi bila semalam Azan mengumumkan dia meletakkan jawatan sahlah apa yang saya bayangkan sebelum ini. Bagaimana pun tindakan Azan itu pasa saya tidak cerdik dan menggambarkan jiwa besar beliau sebagai orang politik. Lagak Azan saya tenguk lebih kurang Zulkefli Nordin saja, kebudak-budakan dan suka melihat gambar sendiri dalam skrin tv - Baca seterusnya di sini

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas