Umno dilihat mula menuduh Anwar Ibrahim sebagai dalang utama dalam insiden bakar gereja di negara ini.
Media utama Umno, Utusan Malaysia hari ini memaparkan komen Ezam Mohd Noor yang mengaitkan insiden itu dengan Anwar Ibrahim.
Kata Ezam, "Saya menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia tidak terperangkap dalam permainan politik Anwar yang semakin terdesak.
“Anwar yang terdesak kerana tuduhan meliwat itu akan melakukan apa saja untuk merosakkan keharmonian negara serta mengalihkan perhatian rakyat,"
Manakala dalam berita yang bertajuk “KDN akan ambil tindakan terhadap Anwar”, Utusan Malaysia melaporkan,
PUTRAJAYA 12 Jan. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau sengaja menggunakan isu agama dan perkauman berhubung insiden serangan ke atas gereja.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika terdapat bukti dan laporan bahawa Anwar atau pihak-pihak tertentu sengaja menggunakan isu tersebut, mereka akan dikenakan tindakan tegas.
Kedua-dua laporan Utusan itu mula menimbulkan spekulasi:
1) Adakah Anwar akan ditahan di bawah ISA dalam masa terdekat ini?
2) Adakah Anwar yang merancang insiden bakar gereja?
3) Adakah Utusan, KDN atau PDRM sudah mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa mana-mana pihak yang terlibat dalam insiden bakar gereja?
4) Adakah kes bakar gereja sengaja diadakan untuk menahan Anwar di bawah ISA?
5) Adakah ini petanda akan bermulanya Operasi Lalang versi 2010?
Nur Aflah
1 Komen :
UMNO bakar gereja Anwar yg kena??
bahalol bin bangang !!!
Post a Comment