BlogList Malaysia

08 January 2010

3 Gereja Diserang, Suspek Sudah Dikenal Pasti

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan (gambar) mengesahkan tiga gereja di Lembah Klang telah diserang dalam tempoh 12 jam sejak tengah malam tadi.

Sehubungan itu beliau menggesa semua rakyat Malaysia bertenang.

Serangan pertama dilakukan oleh tiga lelaki, yang menaiki motosikal, ke atas Metro Tabernacle Church di Desa Melawati di ibu negara.

Ia menjejaskan pejabat pentadbiran di aras satu gereja berkenaan.

Insiden kedua terjadi pada pukul 4 pagi ke atas Church of Assumption berdekatan hospital Assunta, Petaling Jaya. Molotov cocktail yang dibaling ke atas gereja itu oleh seorang penunggang motosikal tidak meletup.

Insiden ketiga melibatkan Life Chapel Church di Seksyen 17 juga di Petaling Jaya kira-kira 9 pagi di mana satu molotov cocktail juga dibaling tetapi tidak meletup.

Beliau mengesahkan ada menerima panggilan telefon daripada sebuah gereja bahawa mereka juga menerima ancaman.

Oleh itu beliau mengarahkan polis supaya berada keadaan berjaga-jaga dan pasukan peronda memantau kesemua gereja sejak 6 petang semalam.

“Ini bukan serangan yang dirancang dengan teratur, jadi orang ramai tidak harus bimbang,” kata beliau pada sidang media di Bukit Aman pagi tadi.

Musa menasihatkan gereja-gereja membuat laporan polis jika menerima ancaman dengan menghubungi beliau sendiri menerusi 019-2823701.

Musa juga memberitahu pihaknya sudah mengenal pasti seorang suspek yang dilihat oleh pengawal di gereja yang diserang di Desa Melawati.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas