BlogList Malaysia

11 December 2009

Utusan Malaysia mahu “rusuhan kaum” terjadi sekali lagi

Semenjak Tsunami politik yang berlaku di Malaysia pada 8 Mac 2008, Utusan Malaysia adalah akhbar yang paling konsisten mengapi-apikan sentimen parkauman. Orang-orang Melayu ditakut-takutkan bahawa mereka akan kehilangan kuasa, orang-orang Melayu disuruh agar membenci bangsa-bangsa lain yang berada di Malaysia.

Jika anda perhatikan secara teliti, kelihatan seperti "ada gerakan terancang" bagi memastikan usaha mebakar dan menghasut orang-orang Melayu untuk mengamuk dan sekaligus memulakan satu lagi rusuhan kaum.

Yang hairannya, tidak pernah sekalipun pejabat Utusan Malaysia digeledah oleh Anggota Keamanan negara seperti Polis walaupun berita-berita dan rencana-rencana yang disiarkan oleh Utusan Malaysia menjurus kepada hasutan agar rusuhan kaum terjadi seperti apa yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Contohnya seperti apa yang disiarkan oleh mereka disini dan disini. Tiada tujuan lain aritikel-artikel sebegini disiarkan melainkan mahukan orang-orang Melayu mengamuk mencederakan bangsa-bangsa lain.

Manakala artikel sebegini pula bertujuan untuk menyemarakkan kemarahan kaum lain terhadap orang Melayu. Klik disini.

Dengan harapan, selepas berlakunya rusuhan kaum, Darurat dapat diistiharkan dan dapatlah MAGERAN diwujudkan.

Tetapi sayang, Utusan Malaysia terlalu bodoh dan ketinggalan zaman. Tahukah mereka bahawa sekarang ni sudah tahun 2009?

Orang-orang Melayu tidak lagi bodoh dan mudah diapi-apikan. Lihat provokasi perkauman “geng kepala lembu” tidak mendapat sambutan. Nasihat saya kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada orang-orang Melayu, jangan biarkan diri kita diperbodohkan. Teruskan memboikot Utusan Malaysia. Akan sampai masanya “bos Utusan” akan kehabisan modal untuk pam duit bagi menanggung kerugian akibat Utusan Malaysia yang tak laku. Teruskan memboikot. Daripada buang duit beli Utusan Malaysia, lebih baik beli karipap, goreng pisang atau beli rokok bagi perokok.

Boikot Utusan Malaysia!!! Akhbar tahun 60an!!!

amin iskandar

1 Komen :

cucu mamak kutty, ,  December 11, 2009 at 9:01 AM  

betul ke kerajaan b.n yg memerintah hari ni tu tolong melayu,perjuangkan nasib melayu,melayu tolong melayu,kenapa org melayu yg betul2 pandai berniaga tapi susah nak dapat tender kerana bukan kroni,krn takde kebel,krn bukan penyokong kuat umno,krn bukan sedara mara menteri dan yb2 umno,kadang2 nak mintak gerai dari majlis bandaran dan daerah pun susah nak dapat sebab bukan kroni,betul ke umno ni di tubuhkan nak tolong melayu....kita pun tahu,klu nak tolong melayu dah berapa ramai org2 melayu yg dah kaya?....melayu kroni dapat tender projek pi alibaba kan kat cina,makan komisyen aje yg kroni2 ni tahu....semua org dah tahu benda2 mcm ni....jgn nak kelentong lagi,konon2 umno nak tolong melayu....tengok sape yg kaya.......menteri,yb2,jkkk,kroni2,....org kampong...susah tetap susah juga....walau pun jadi barua umno....pun tetap susah juga..

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas