BlogList Malaysia

20 December 2009

Umno Penang Tak Dak Teloq..

Blah la Zahid.. Jangan mimpi Koh Sukun nak serah jawatan kpd UMNO..



Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menolak permintaan pemimpin Umno negeri supaya jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang kini dipegang oleh Gerakan, diserahkan kepada parti berkenaan.

Koh, yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang berkata jawatan itu disandang oleh para pemimpin Gerakan selama lebih 35 tahun.

"Jadi kenapa perlu kita membangkitkannya semula apabila amat jelas bahawa apa jua perubahan tidak akan dipersetujui oleh Gerakan," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Kem Latihan Kepimpinan Remaja Pulau Pinang di sini semalam.

Koh mengulas gesaan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa jawatan Pengerusi BN Negeri perlu diserahkan kepada pemimpin Umno memandangkan hanya wakil Umno yang memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di negeri itu pada pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, Koh berkata Gerakan telah pun menyandang jawatan itu sejak sekian lama dan parti itu akan membantah sebarang cadangan untuk melakukan perubahan.

"Aturan berhubung jawatan Pengerusi diperakukan sekali lagi pada pertengahan tahun ini oleh Dewan Tertinggi BN dan perkara ini tidak seharusnya dibangkitkan lagi," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut menggesa para pemimpin Umno supaya tidak membangkitkan lagi isu itu memandangkan ia mungkin merosakkan imej BN dan Umno.

"Langkah ini tidak akan membawa manfaat kepada mana-mana parti dengan membangkitkan lagi isu berkenaan, sebaliknya ia mungkin merosakkan imej BN di mata masyarakat di Pulau Pinang, malah di mana saja. Kami akan membantah jika perkara ini dilakukan," katanya.

Kelmarin, Ahmad Zahid yang mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri, berkata permintaan untuk jawatan Pengerusi itu bukan untuk kepentingan mana-mana personaliti tetapi demi parti itu yang telah memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri untuk BN dalam pilihan raya umum lepas.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berharap hasrat Umno Pulau Pinang untuk mengambil alih jawatan Pengerusi BN negeri akan dipertimbangkan oleh pemimpin BN di peringkat pusat.

Bernama

1 Komen :

azman kamarul December 20, 2009 at 7:01 PM  

Lebih afdhal lah Zahid Hamidi letak jawatan Pengerusi Perhubungan umNO PP tu...lu punya kawan pun takdak respect sama lu...janganingat olang lain takdak hati ooooo.....

Lu jangan pikir olang lain tak boleh bikin kerja....wa ingat ini umNO banyak lemah , lu kiralah umNO punya geng pun tak respect lagi ooooo....

Apa hat lu zahid......lagi teluk aaa...itu enjin pun lu tak jaga ka...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas