Apa sudah jadi dengan hasrat Tuan Guru Nik Aziz dan dan orang-orang PAS yang ramai yang mahu melihat operasi pemutihan dalam PAS ?
Mengapa Jawatankuasa Disiplin parti yang di ketuai Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man begitu lambat untuk memutuskannya?
Telah sebulan lebih Jawatankuasa Disiplin ini dibentuk melalui satu mensyuarat khas menggantikan Muktamar Khas , yang diadakan pada Rabu 28 Ogos yang lalu.
Begitu tinggi harapan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ahli-ahli PAS diperingkat grassroots terhadap Jawatankuasa tersebut agar dapat menyelesaikan kemelut isu kepimpinan parti walaupun tiada muktamar agung khas (EGM) diadakan. Lihat di sini
Jawatankuasa ini dilihat sengaja melambat-lambatkan kerjanya seolah-olah mengharapkan supaya semua orang melupakan isu tersebut. Nampaknya menjadi kenyataan yang benar sepertimana yang saya tulis tempohari : Hasrat Operasi Pembersihan Tidak Kesampaian
Mungkin PAS berjaya mematikan isu tersebut tanpa kubur atau nisan; tetapi bau bangkainya tidak dapat dibendung dan menusuk setiap lubang hidung.
Amat dikhuatiri,tindakan sebegini tidak akan dapat mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap PAS itu sendiri kerana PAS dilihat telah gagal untuk membersihkan dirinya./ end
01 December 2009
Tuan Ibrahim Dan JK Disiplin Pas Masih Tidur ?
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
Tuan Ibrahim Tuan Man dan pasukannya tidak mampu mengatasi kelicikan Kolonel Mat. Kolonel Mat bukan berseorangan. Dia dibantu oleh ramai Leftenan Kolonel, Major, Kapten, Leftenan dan Leftenan Muda. Ada juga Komander dan Leftenan Komander yang menguatkan pasukan Kolonel Mat. Sukar untuk Tuan Ibrahim Tuan Man seorang diri menghadapi organisasi Kolonel Mat yang bersaiz batalion.
Post a Comment