Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima surat letak jawatan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.
Pada 4 Disember lalu The Malaysian Insider melaporkan Sulaiman, Ahli Parlimen Kota Samarahan, telah menghantar surat letak jawatan bulan lalu atas alasan berhadapan dengan masalah kesihatan.
Bagaimanapun beliau difahamkan juga berhadapan dengan masalah hubungan di Kementerian Pelancongan dan juga dikaitkan pelantikan Datuk Seri Idris Jala dari Sarawak sebagai menteri penuh.
Mengesahkan laporan itu pada Dis 4 lalu, Najib berkata beliau memerlukan masa untuk berhubung dengan ayahnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud selaku Ketua Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak.
Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat setelah beliau berbincang dengan Taib.
“Walaupun demikian, YB Datuk Seri Sulaiman, akan terus kekal sebagai Ahli Parlimen Kota Samarahan.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk Seri Sulaiman atas segala jasa dan sumbangan beliau.
“Saya juga berharap beliau akan terus memberisumbangan menerusi kedudukan beliau sebagai wakil rakyat Barisan Nasional,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Sulaiman, 41, anak lelaki sulung kepada Taib telah dilantik kejawatan timbalan menteri pada 19 Mac 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri, dan apabila Najib mengambil alih jawatan perdana menteri April tahun ini, Sulaiman dikekalkan di jawatan itu dalam barisan Kabinet baru.
Sulaiman buat pertama kali bertanding dalam pilihan raya Mac 2008 di Kota Samarahan yang pernah disandang oleh ayahnya.
14 December 2009
Sulaiman Sah Letak Jawatan
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
bn
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment