Gambar MB Disabotaj Lagi
JERLUN – Papan iklan yang memaparkan gambar YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak telah disabotaj sekali lagi oleh beberapa pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.
Motif kejadian yang berunsurkan khianat itu telah dipercayai dilakukan pada 22 Disember 2009 yang mana kejadian kali ini melibatkan papan iklan tersebut telah disembur dengan cat berwarna merah. Menurut penduduk setempat, selain papan iklan gambar MB, beberapa notis iklan yang lain juga seperti kain rentang telah diconteng dengan cat dan dipercayai didalangi oleh individu yang sama.
Papan iklan gambar MB ini telah dirosakkan untuk kali kedua dalam tempoh sebulan yang mana papan iklan tersebut sebelum ini telah ditoreh. Kejadian yang berlaku pada 25 November lalu melibatkan beberapa papan iklan sekitar Alor Setar dan Jitra.
KEDAH COMMUNICATION & EVENTS SDN. BHD. (KCE)
Sumber : http://www.kedahsejahtera.com.my
Murid bawa bom ke sekolah untuk ‘show and tell’
3 minutes ago
2 Komen :
Tak apalah, mereka sekarang tak ada kerja. Menganggur di Kedah.
Betul tu Tuan.. Untuk cari makan, mungkin mereka dibayar untuk kerja2 terkutuk tu..
Post a Comment