BlogList Malaysia

09 December 2009

Sekeping Gambar Tidak Bisa Berbohong

Pecah Perut Bakal Jadi Kenyataan

Doa Menteri Besar Kelantan yang dijadikan isu oleh UMNO BN nampaknya bakal dimakbul oleh Allah s.w.t. apabila hari ini dengan jelas terpapar sekeping gambar, "lets cheers", Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Mohd Najib Tun Razak bersama-sama Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjiva.

Ianya dipercayai dirakam di dalam majlis Jambatan Persahabatan yang menghubungkan Bukit Bunga yang terletak di Malaysia dan Ban Buketa di selatan Thailand yang menurut Najib membuktikan hubungan persabahatan yang erat antara dua negara sejak 50 tahun lepas.

Perdana Menteri berkata hubungan Malaysia dan Thailand sentiasa menjadi perkara utama kerana kedua-dua negara bukan hanya merupakan jiran terdekat yang berkongsi sempadan, tetapi juga mempunyai aspirasi yang sama.

"Kedua-dua kerajaan telah menunjukkan mereka boleh bekerjasama untuk kepentingan rakyat kedua-dua negara," katanya.

Beliau berkata keputusan kedua-dua kerajaan pada 14 Okt 2004, untuk menandatangani perjanjian bagi membina jambatan itu adalah bukti kepada hubungan baik kedua-dua negara yang telah menghasilkan banyak projek usahasama untuk dilaksanakan bagi kepentingan rakyat yang tinggal di sepanjang sempadan bersama.

Najib berkata demikian ketika bersama-sama Perdana Menteri Thai Abhisit Vejjajiva merasmikan jambatan itu pada majlis menamakan semula jambatan berkenaan sebagai Jambatan Persahabatan.

Di dalam gambar berkenaan, Najib selaku seorang "pemimpin beragama Islam" tidak segan silu untuk melakukan satu majlis cheers, yang ramai meyakini Najib bersama PM Thailand memegang segelas wain setiap seorang, semata-mata untuk membuktikan hubungan persabahatan yang erat antara dua negara .

Ulasan GB

Rasanya betul kot ia wain. Kalau tak betul GB pohon maaf. Namun hati kecil GB masih menyatakan ia sejenis minuman keras, dan umat Islam diharamkan meminumnya.(sumber)

2 Komen :

Anonymous ,  December 9, 2009 at 5:41 PM  

'Jus epal' - kata Mahathir bagi menangkis gambar yang seperti itu dalam kempen pilihanraya Angkatan Perpaduan Ummah satu ketika dahulu.

Allah sahaja yang tahu air apa yang diteguk oleh PM dulu dan sekarang

hj jamaludin ,  December 9, 2009 at 9:09 PM  

BISMILAH HIR RAHMAN NIR RAHIM
BAGI ANA SELAGI MUFTI PERAK TAK KOMEN PERIHAL "CHEERS" YANG DI BUAT OLEH PM 1 MALAYSIA , ANA KIRA HUKUM DALAM ISLAM PERBUATAN PM 1 MALAYSIA TIDAK HARAM KIRA HARUS .

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas