Antara kesah yang disebarkan dengan meluas kepada ahli-ahli PAS Selangor yang menyebabkan ahli2 PAS ramai yang membenci Pakatan Rakyat adalah cerita berkaitan dengan International Zone Shah Alam.
Sepanjang hampir dua tahun PR memerintah Selangor, bermacam-macam fitnah yang telah disebarkan di kalangan ahli dan aktivis PAS Selangor berkenaan dengan karajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Ini adalah salah satu contoh terbesar.
Kononnya International Zone (IZ) ini dicadangkan oleh DAP seperti yang dilaporkan oleh Zainul Faqar:
"Beliau menceritakan terdapat cadangan daripada exco DAP untuk membuat IT International Zone (kalau tidak silap) iaitu salah satu fungsinya adalah tempat untuk hiburan bertaraf antarabangasa seperti hiburan 24 jam, kelab malam 10mlm-4pg, kedai arak etc. Cadangan tenpat adalah di Puchong dan Shah Alam. Hassan berhujah dalam meting exco bahawa armarhum Sultan sudah menitahkan Shah Alam dilarang dibuat perkara-perkara seperti itu."
Hakikatnya tuan2 dan puan2 pembaca sekelian, ianya adalah projek yang telah siap dan dibina oleh syarikat yang bernama I-Berhad. I-Berhad pula adalah sebuah syarikat yang dipunyai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Dan, kebenaran untuk mengadakan "pusat hiburan" di I-City tersebut adalah permohononan yang dibuat oleh I-Berhad kepada Istana Selangor sendiri. Buktinya surat ini hanya di c.c. atau dihantar salinan kepada MB Selangor. Surat ini tidak ditandatangani oleh MB Selangor seperti yang boleh dilihat di bawah:
Pun begitu Tuanku Sultan Selangor adalah seorang raja yang adil lagi bijaksana dan memahami cara menseimbangkan antara keperluan ekonomi Selangor dan juga menjaga akhlak serta nilai-nilai Islam di Selangor.
Hiburan yang dibenarkan di I-City tersebut hanyalah berbentuk hiburan kekeluargaan sahaja:
Hiburan-hiburan yang tidak diizinkan jelas dinyatakan dalam surat ini:
Keputusan ini di buat demi untuk mengizinkan para pekerja-pekerja "high skill" dari luar negeri datang ke I-City untuk bekerja di sana. Ianya bukan bertujuan untuk merosakkan atau membiak perkara-perkara yang berlawanan dengan Islam. Itu sahaja. Keputusan ini jelas menanmpakkan kebijaksanaan Tuanku Sultan Selangor di dalam mentadbir serta memerintah negeri Selangor.
Sebagai penutup, ahli-ahli dan aktivis PAS Selangor mesti bangun dan membersihkan diri mereka dari segala yang mereka dengar selama ini berkenaan dengan pentadbiran Kerajaan Selangor.
Walaupun saya sudah menulis artikel ini, tapi ramai yang menolak penerangan saya dengan mengatakan siapa TUlang Besi. Dia tidak duduk pun dalam exco.
Nah, sekarang saya bawa sendiri surat rasmi berkaitan dengan isu ini. Jelas, saudara/ri telah dibohongi oleh Fraksi UMNO dalam PAS Selangor demi untuk membuat saudara/ri membenci Kerajaan Pakatan Rakyat serta membenci Pakatan Rakyat itu sendiri.
Gambar surat ini ada dibawah untuk rujukan.
Tulang Besi
ps ini adalah gambar-gambar surat tersebut
0 Komen :
Post a Comment