BlogList Malaysia

12 December 2009

Mengapa Nasaruddin Mat Isa Menjadi Penyambung Lidah UMNO dalam Isu Masjid/NgaKorMing?

Kita lihat Fraksi UMNO dalam PAS sudah pun mula mengambil sikap serupa dengan UMNO. Misalnya, dilaporkan Timbalan Presiden PAS berkata:

“Beliau (foto kanan), yang juga ahli parlimen Bachok, berkata salah faham dalam isu seumpama ini boleh "dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat."(Keseluruhan artikel boleh dibaca di bawah)

Aikk kenapa tiba-tiba menyebut pasal "kesepaduan Pakatan Rakyat"? Hakikatnya isu ini adalah eksploitasi UMNO semata-mata dan tidak seharusnya disokong oleh mana-mana kepimpinan PAS. Ia adalah fitnah UMNO untuk menyerang Pakatan Rakyat dan bukannya berasaskan kepada kebenaran.

Ustaz Nasa adalah MP dan Nga adalah MP. Kenapa Ustaz Nasa tidak boleh merujuk terus kepada Nga untuk mendapat penjelasan yang sepatutnya? Apakah Ustaz Nasa sudah tidak bercampur lagi dengan wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat? Maklumat saya dapat, Ustaz Nasa lebih suka bercampur dan bergaul dengan MP2 dari UMNO bila di Parlimen. Itu pun kalau Ustaz Nasa ke Parlimen la.

(Pak Bakaq Haq ada bukti2 yang boleh dikeluarkan berkenaan prestasi dan kehadiran MP Bachok (dulu MP Yan) di Parlimen. Setakat ni Pak Bakaq terus tegar dengan dakwaan beliau).

Saya merujuk kembali kepada rakaman dialog Nasa dan Hasan Ali bersama blogger UMNO/pro UMNO. Dan saya mendapat sebab sebenar mengapa YB Nga diserang sebegini rupa:



Hasan Ali mewakili pemikiran Fraksi UMNO dan mereka yang pro UMNO dalam PAS. Mereka “ijma’” kejatuhan kerajaan Negeri Perak adalah kerana PAS Perak dikuda oleh DAP. Sebab itulah Nizar tidak dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Perak. Kerana Nizar dipandang sebagai “kuda DAP”. (Tapi sebenarnya Nizar tak dilantik sebab tak lulus permohonan tanah. Tapi tu kita cerita lain.)

Fraksi UMNO menjadi penyambung lidah kepada fitnah-fitnah UMNO.
Dan dalam kes ini fitnah UMNO terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Jadi, dalam isu Masjid dan Nga Kor Ming ni tak heranlah Nasaruddin menjadi penyambung lidah UMNO. Umno timbul isu, Nasa sambut. Pemuda PAS sambut. UMNO untung sebab tak payah keluar duit, orang lain buat kerja untuk mereka. Selama ini susah mereka hendak tembus penyokong PAS, sekarang dah ada orang tolong kempen untuk mereka kepada ahli2 dan penyokong PAS.

Saya terpaksa mendedahkan rekording ini lagi bagi memberi gambaran betapa seriusnya saranan Tok Guru Nik Aziz untuk 3 orang itu dikeluarkan dari kepimpinan PAS. Pimpinan2 PAS ini sudah menjadi penyambung lidah pada UMNO dan kalau tidak dibersihkan mereka ini, PASTI PAS AKAN HANCUR BERKECAI-KECAI.

YB Zul Nordin sendiri membela YB Nga dalam isu ini . Sila rujuk penjelasan beliau yang maha jelas dan maha jitu itu.

Kalau Pemuda sambut tu saya tak heran lah sebab dia takda di Parlimen dan mungkin mereka tersalah faham. Walaupun bergitu itu sebenarnya tak boleh jadi alasan kerana mereka boleh telefon mana-mana MP PAS.

Kita masih tidak lupa tuduhan Pemuda PAS kepada Aziz Bari bahawa Aziz Bari agen UMNO. Dalam isu ini, Pemuda PAS lah yang menjadi agen UMNO kerana menari kepada gendang UMNO.

Kesimpulannya, saudara/ri sekelian, keberadaaan pimpinan2 PAS yang pro UMNO dan anti Pakatan Rakyat ini akan kelak menghancurkan Pakatan Rakyat. Juga, mereka akan memastikan kemenangan UMNO yang cemerlang dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Kita jangan lupa, “Dokumen Negara Islam” yang diterbitkan oleh PAS sebelum 2004 telah memberi kemenangan yang GEMILANG kepada UMNO/BN pada PRU 2004. Mereka yang dibelakang dokumen itu, juga sekarang ini berada di belakang usaha merapatkan PAS dengan UMNO. Ertinya puak-puak ini ada rekod memenangkan UMNO dengan gemilang. Kemenangan UMNO 2004 adalah antara kemenangan UMNO yang terbaik dalam sejarah UMNO.

PERLU, PERLU, PERLU EGM SEBELUM 2011.

Sekali lagi saya kata, EGM adalah PERLU untuk membersihkan PAS dari anasir-anasir serta kutu-kutu UMNO yang kelak bakal menghancurkan PAS dan Pakatan Rakyat.
Ini adalah salah satu contoh betapa pemimpin2 PAS ini akan menjalankan ‘jarum” UMNO dalam PAS. Bayangkan benda yang akan diceritakan pada ahli2 PAS secara dalaman kalau yang keluar secara luaran pun sudah teruk macam ni.

Tulang Besi



Isu dana: Pemuda PAS mahu Nga jelaskan pendirian ()

PETALING JAYA, Dis 11 — Dewan Pemuda PAS Pusat mahu mengadakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen Taiping dari DAP Nga Kor Ming yang mempersoalkan perbelanjaan kerajaan membina masjid dan mendesak kerajaan memberi peruntukan lebih besar kepada rumah ibadat bukan Islam.

Setiausahanya Kamaruzaman Muhamad berkata Pemuda PAS mengambil berat isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

Justeru kata beliau pihaknya mahu semua pihak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan pada masa sama umat Islam menghormati hak-hak beragama semua rakyat negara ini.

"Kami mengharapkan masyarakat bertenang agar tidak menimbulkan sebarang konflik agama dan perkauman sehinggalah penjelasan dan penerangan sebenar daripada Yang Berhormat Nga terhadap isu ini," katanya dalam satu kenyataan.

Kamaruzaman berkata pihaknya memandang serius kenyataan yang dibuat oleh Nga berhubung perkara itu kerana Pemuda PAS amat menghormati kebebasan beragama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan selaras dengan prinsip kebebasan beragama yang dipegang Islam.

"Pemuda PAS yakin prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan akan menghasilkan warganegara yang baik melalui pegangan agama yang mantap," katanya.

Kelmarin, Nga Kor Ming mempersoalkan peruntukan kerajaan sebanyak RM748 juta untuk membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 dan pada masa sama menyatakan kerajaan gagal membina rumah ibadat agama lain.

Tindakan Ng itu telah menimbulkan pelbagai reaksi banyak pihak antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang berpendapat tindakan mengungkit perkara berkenaan sebagai biadab dan menimbulkan sentimen perkauman.

Semalam Nga menegaskan kenyataannya berhubung isu peruntukan kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan bukan Islam telah diputar belit dan dijadikan bahan menghasut sentimen perkauman oleh sesetengah media.

Jelas Nga, dalam kenyataan kelmarin beliau hanya merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Prdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta membina dan menyelenggara 611 buah masjid tetapi satu jumlah kecil, iaitu RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, iaitu 1.2 peratus sahaja.
Justeru beliau memohon supaya agihan lebih adil disalurkan kepada rakyat beragama bukan Islam kerana prinsip pertama Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan.
Nga yang membaca kenyataannya pada sidang akhbar di lobi Parlimen turut menegaskan bahawa agama Islam adalah agama suci yang mengajar semua pihak berlaku adil.

‘‘Saya berasa kesal bahawa laporan Utusan Malaysia dengan tajuk Kor Ming persoalkan kerajaan bina masjid adalah salah dan berunsur hasutan. Tajuk tersebut adalah dipapar oleh editor akhbar berkenaan tanpa pengetahuan saya," katanya.

Tambah Nga beliau juga berasa kesal sesetengah pihak termasuk Harussani, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Wan Mohamed Sheikh Abd. Aziz dan beberapa badan bukan kerajaan telah membuat kenyataan dan dakwaan tanpa membaca keseluruhan teks kenyataannya.


PAS tidak sepakat isu dana bina masjid
Dis 10, 09 4:39pm


kemaskini 7.34pm
Timbalan presiden PAS menggesa isu peruntukan besar untuk pembinaan masjid, tetapi rumah ibadat bukan Islam diabaikan, tidak dibesar-besarkan lagi oleh DAP seperti diungkitkan seorang ahli parlimennya.

Namun beberapa ahli parlimen PAS yang diketuai bendahari pusatnya Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) pula menyokong Nga Kor Ming (Taiping), yang juga setiausaha DAP Perak berhubung isu tersebut.

Nasharudin Mat Isa bimbang kenyataan Nga boleh membangkitkan sentimen agama dan menimbulkan salah faham umat Islam.


Beliau (foto kanan), yang juga ahli parlimen Bachok, berkata salah faham dalam isu seumpama ini boleh "dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat."

Di Dewan Rakyat kelmarin, Nga mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun hingga 2008, sedangkan kerajaan didakwa gagal membina rumah ibadat agama lain dalam tempoh tersebut.

Kenyataannya itu dilaporkan dipertikaikan oleh seorang lagi ahli parlimen, Datuk Ibrahim Ali, yang menyifatkannya "biadap" dan "dan cuba menyalakan api dalam sekam".

"Dia (Nga) boleh desak kerajaan beri peruntukan lebih untuk kegiatan agama lain tetapi dia tak boleh membandingkan peruntukan yang diberi oleh kerajaan untuk pembinaan masjid.

"Apabila itu berlaku apatah lagi dibuat di luar Parlimen, maka ini sudah jadi hasutan selain satu kenyataan politik yang cuba menimbulkan pergaduhan agama," Ibrahim, yang juga presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), dipetik berkata semalam.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Nasharudin bagaimanapun berkata orang bukan Islam berhak "menuntut pembinaan rumah ibadat mereka tetapi bukan dengan mempertikaikan atau membandingkan hak agama Islam sebagai agama rasmi."

"Kerajaan juga turut digesa untuk berlaku adil kepada semua rakyat dalam memenuhi keperluan mereka seperti mana yang telah digariskan dalam lunas perlembagaan negara," katanya.

Beliau juga berharap pemimpin-pemimpin gabungan pembangkang menggunakan "saluran dalaman" untuk membangkitkan isu-isu yang disifatkannya "menyinggung sensitiviti agama dan bangsa".

"(Cadangan) ini bagi mengelakkan sebarang polemik seperti mana yang pernah melanda Pakatan Rakyat sebelum daripada ini," kata Nasharudin lagi.


Sementara itu, Dr Mohd Hatta dan dua lagi wakil rakyat PAS bersama Nga (foto kiri) mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen untuk mempertahankan pemimpin DAP itu.

Turut hadir, ahli parlimen PKR bagi Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Dr Mohd Hatta menyalahkan Utusan Malaysia, yang melaporkan isu ini di halaman depannya hari ini, dengan menyifatkan ia telah melanggar etika kewartawanan.

Bersama ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) dan Khalid Samad (Shah Alam), beliau bertegas akan mempertahankan Nga.

Wartawan akhbar itu, yang berada di situ, menafikan ia membesar-besarkan isu tersebut, sebaliknya menyatakan ia hanya melaporkan kenyataan beberapa pihak yang tidak berpuas hati pada Nga.

Dalam sidang media sama, Nga menafikan beliau mempertikaikan Islam apabila membuat perbandingan peruntukan untuk masjid dan rumah ibadat bukan Islam.

Laporan Bernama pula menyebut PERKASA Pahang hari ini membuat aduan di balai polis Bentong terhadap Nga.

Yang dipertuanya Dr Zubir Harun dilaporkan berkata kenyataan Nga
"amat menghina agama Islam, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta berbaur hasutan yang boleh menyebabkan pergaduhan agama yang serius."

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas