BlogList Malaysia

20 December 2009

Lagi pasai GST.. baca sebagai pengetahuan...jangan biaq di perbodohkan selalu...

GST: Kerajaan Negeri tentang habis-habisan

BAYAN LEPAS - Kerajaan Pulau Pinang akan menentang perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan Kerajaan Pusat mulai pertengahan tahun 2011 dengan habis-habisan kerana ia akan membebankan kira-kira 10 bilion rakyat negara ini yang sudah bekerja.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pengenalan cukai itu akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung lebih RM6.4 bilion cukai yang sepatutnya diperoleh daripada pihak industri adalah satu tekanan tambahan kerana purata jumlah cukai yang bakal dibayar rakyat bekerja adalah sebanyak RM640 jika nilai RM6.4 bilion dibahagikan dengan 10 bilion pekerja.

Menurutnya, jumlah cukai RM640 setahun itu adalah jumlah yang amat tinggi dan tidak mampu dibayar oleh golongan berpendapatan rendah mahupun sederhana memandangkan Kerajaan Pusat harus mengambil kira keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu di samping pendapatan isi rumah setiap keluarga terlebih dahulu sebelum sewenang-wenangnya memperkenalkan cukai GST.

“Sekiranya cukai GST diluluskan, semua rakyat negara ini yang bekerja bakal menanggung beban tambahan cukai sebanyak RM640, iaitu satu nilai yang tinggi dan tidak mampu dibayar oleh mereka yang berpendapatan rendah mahupun sederhana.

“Kerajaan Negeri akan menentang perlaksanaan ini dengan habis-habisan demi memastikan penduduk negeri ini tidak terbeban dengan cukai-cukai yang tidak munasabah dan membebankan, semata-mata untuk memastikan ‘poket’ Kerajaan Pusat kembung,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Guan Eng berkata, Kerajaan Pusat juga seharusnya memfokuskan kepada memerangi rasuah daripada memperkenalkan sistem cukai GST ke atas rakyat.

“Perlaksanaan cukai GST hanya sebanyak empat peratus sebagaimana dicadangkan tidak akan meningkatkan pungutan cukai kerana ia sekadar meningkatkan pendapatan sebanyak RM1 bilion, berbanding sejumlah RM28 bilion yang boleh diselamatkan Kerajaan Pusat sekiranya masalah rasuah berjaya ditangani,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pelaksanaan GST yang bermula pertengahan 2011 nanti dijangka hanya sekitar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) antara lima hingga 10 peratus sebelum ini.

Semalam, Rang Undang-Undang GST dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. (sumber)

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas