BlogList Malaysia

23 December 2009

DAP tidak cabar hak Melayu – Ngeh

Kredibiliti dan kepercayaan terhadap akhbar Utusan Malaysia semakin merudum apabila sejak kebelakangan ini pelbagai tohmahan dan dakwaan palsu dilemparkan kepada para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) khususnya DAP.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, tohmahan yang dibuat oleh akhbar Utusan Malaysia ini semakin melampaui batas dan mampu mewujudkan ketegangan kaum dalam isu ketuanan Melayu.

Katanya, Utusan Melayu telah menyebar dan memanipulasikan fakta serta maklumat sebenarnya yang dinyatakan oleh para pemimpin DAP.

“Mereka lebih dilihat sebagai menghasut rakyat untuk membenci para pemimpin DAP kononnya kami ada agenda tersendiri untuk menganggu-gugat hak dan keistimewaan orang Melayu.”

“Kami sebenarnya tiada niat untuk mencabar apatalah lagi mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan yang telah termaktub mengenai hak orang Melayu bahkan kami menghormati serta menyanjung tinggi perlembagaan ini,”katanya ketika dihubungi FreeMalaysiaToday, di sini, semalam.

Menurutnya, atas faktor keselamatan satu laporan polis telah dibuat terhadap Utusan Malaysia tetapi sehingga kini masih belum menampakkan yang polis mengambil tindakan.


“Semua tindakan mereka yang mengadakan perhimpunan haram di pejabatnya di Sitiawan Jumaat lepas dan di ibu pejabat DAP baru-baru ini adalah kerana terpengaruh dengan berita palsu yang dikeluarkan oleh akhbar berkenaan.

“Akhbar itu telah memutarbelitkan berita, kenapa tidak didakwa kerana melaporkan laporan palsu dan menghasut, apakah siasatan telah dilakukan terhadap mereka,”katanya lagi.

Kata Koo Ham, polis perlu mengambil tindakan segera kerana kesan berita yang dikeluarkan oleh akhbar berkenaan boleh menyebabkan ketegangan serta dalam masa sama menjaga keharmonian negara.

“Justeru, saya ingin menjelaskan bahawa PR termasuk DAP tidak mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan kedudukan agama lain, begitu juga hak orang Melayu, jadi tidak pernah ada percanggahan dari segi kedudukan agama oleh Kula atau mana-mana pihak, hanya akhbar itu yang memutarbelitkan cerita ini,”tegasnya.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas