Dalam usaha memenangi hati pengundi Melayu-Islam, parti majoriti Cina DAP, akan menganjurkan majlis berkhatan untuk 75 kanak-kanak Muslim di Perak hujung minggu ini.
“DAP buat pertama kali dalam sejarah akan menganjurkan majlis bersunat berama-ramai di masjid sebagai tanda hormat kepada Islam dan terbukti perjuangan parti tersebut untuk semua bangsa dan agama,” kata Setiausaha DAP Perak dalam satu kenyataaan hari ini.
Upacara khatan untuk kanak-kanak lelaki adalah amalan biasa bagi para penganut agama-agama Ibrahimiah, namun di Malaysia ia sering dikaitkan dengan adat resam masyarakat Melayu.
Nga menambah, majlis itu akan diadakan di Masjid Expo, Kamunting dekat Taiping.
“Majlis ini julung kali diadakan dan seramai 75 orang Muslimin muda akan menjalani upacara suci tersebut dengan pebuh dengan adat resam dan secara berwarna-warni,” katanya.
“Pasukan kompang dan majlis siram air turut akan diadakan,” tambah beliau.
Katanya majlis yang sama akan turut diadakan di Beruas di bawah anjuran Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham.
DAP Perak merupakan sebahagian daripada kerajaan campuran Perak yang memerintah sehingga Februari tahun ini, tanpa sokongan kuat daripada masyarakat Melayu-Islam.
DO I NEED TO EAT FRUITS EVERYDAY?
2 hours ago
0 Komen :
Post a Comment