Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam (gambar) hari ini mencabar Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan supaya membuat laporan polis sekiranya apa yang didakwa mengenai beliau mendapat projek bernilai RM6 hingga RM7 juta , sebagai palsu.
FreeMalaysiaToday (FMT) yang menghubunginya memberitahu, beliau bersedia membogelkan semua penyelewengan dan salah laku Ahmad Said bukan sahaja dengan projek runding langsung dengan perbendaharaan negara itu tapi apa jua yang membabitkan beliau sehingga integriti SPRM dilihat tersangat kotor dan buruk.
"Saya akan buat sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini untuk memberitahu projek cenderamata yang diperolehinya secara tidak betul," katanya yang akan mendedahkan semua maklumat mengenai pembabitan Ahmad Said dalam projek berkenaan.
Menurut Manikavasagam, sudahlah projek itu diperolehi melalui runding langsung, harga yang dikenakannya bagi setiap cenderamata ada yang melebihi 1500% setiap satu.
"Bolehkah kita percaya harga satu tali leher lebih RM1,000?," jelasnnya.
Projek membekalkan uniform dan cendermata itu bernilai di antara RM6 hingga RM7 juta dan barang-barang ini disediakan oleh syarikat Kraftangan Mariwasa kepada pelanggan (SPRM) menerusi Bina Yakin Enterprise.
"Salah seorang pegawainya juga adalah pemilik bersama syarikat berkenaan," katanya yang memberitahu banyak persepsi negatif terhadap projek pembekalan cenderamata itu.
(sumber)
08 December 2009
Ahmad Said Jual Satu Tali Leher Berharga RM1,000
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
sprm
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment